Gempa Sabah: Najib Harap Rakyat Di Ranau Selamat Dan Bertenang - pakdin.my

gempa-sabah-kesan 3

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua penduduk di Ranau, Sabah, selamat selepas kawasan itu dilanda gempa bumi sederhana pagi Jumaat.

Melalui catatan terkini dalam akaun Twitternya, Najib berkata: “Saya dimaklumkan gempa bumi berlaku tidak jauh dari Ranau. Saya harap semua selamat dan bertenang.”

Menurut kenyataan Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi.

Kenyataan itu berkata gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa itu terletak 16km barat laut Ranau.

UTAMAGempa Sabah: Najib Harap Rakyat Di Ranau Selamat Dan Bertenang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium