Germanwings: Polis Geledah Rumah Pembantu Juruterbang, Temui Petunjuk Baru - pakdin.my

Germanwings-Andreas-Lubitz-geledah

POLIS Jerman mendedahkan telah menemui ‘petunjuk’ atau bukti berharga selepas menggeledah rumah pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz di Düsseldorf.

Menurut laporan, pendedahakan itu dibuat seorang pegawai polis kepada pemberita yang berada di luar rumah berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan.

Lubitz, 28, didakwa bertanggungjawab dalam nahas pesawat Germanwings merempuh pergunungan Alps sehingga mengorbankan 150 penumpang dan anak kapal apabila bertindak mengunci dirinya di dalam kokpit.

Bagaimanapun polis mengesahkan bahawa mereka tidak menemui bukti seperti nota bunuh diri.

Polis Düsseldorf, Markus Niesczery berkata,” kami cuba mencari sesuatu yang boleh menerangkan mengenai apakah punca Lubitz bertindak demikian.

“Kami telah menemui sesuatu yang akan dihantar untuk diuji.

“Kami tidak boleh memberitahunya ketika ini tetapi ia merupakan petunjuk kepada apa yang telah berlaku,” jelasnya.

Germanwings-Andreas-Lubitz-geledah2

UTAMADUNIAGermanwings: Polis Geledah Rumah Pembantu Juruterbang, Temui Petunjuk Baru

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium