Gesa Ambil Tindakan Ke Atas Courts Malaysia - pakdin.my

court-hina-kalimah-syhadah

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Gagasan mendesak kerajaan agar mengambil tindakan terhadap Courts Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamad mendakwa syarikat itu sengaja mencetak dan mengedarkan risalah promosi Hari Raya yang menghina Islam apabila memaparkan kaligrafi kalimah syahadah terbalik, minggu lalu.

SYED ANUAR SYED MOHAMAD / SETIAUSAHA AGUNG GAGASAN

“Hari ini kita putuskan supaya semua NGO Islam dan Melayu boikot semua barangan yang dikeluarkan Courts Malaysia. Kita mintak semua negara bersatu, untuk boikot. Pad kita ni satu kesalahan yang takkan dapat kemaafan lagi satu kita nak desak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir menubuhkan jawatankuasa bersama dengan badan portfolio agama untuk mendesak dan mengkaji, kemudian ambil tindakan segera”.

Bersama Gagasan, 11 lagi NGO kerajaan Islam lain dari seluruh negara.

Menurut Syed Anwar, permohonan maaf saja tidak mencukupi.

Sebaliknya Jakim dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia diminta mengambil tindakan ke atas Courts.

 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAGesa Ambil Tindakan Ke Atas Courts Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium