GKCM Tidak Sokong Kepimpinan Tertinggi PRIBUMI

Orang-orang ini adalah salah satu yang paling awal dan yang paling lantang bersuara apabila meletus kemelut antara Perdana Menteri Najib dan Mahathir.

Mereka muncul untuk menyokong Mahathir dan Muhyiddin dan menentang Najib.

Sekarang mereka mengatakan tidak lagi menyokong Mahathir dan Muhyiddin kerana kronisme keterlaluan dalam PRIBUMI dan mereka tidak dilantik ke jawatan yang sepatutnya.

Baru sekarang diorang sedar Mahathir dan Kronisme berpisah Tiada?

Bagaimanapun, ia telah menjadi satu perjuangan untuk kuasa dan kedudukan – sama seperti Mahathir dan Muhyiddin dan GKCM.

———-

GKCM Tidak Sokong Kepimpinan Tertinggi PRIBUMI

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) seluruh negeri menetapkan  pendirian bersama dalam mesyuarat gabungan itu petang ini, untuk tidak lagi menyokong kepimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Presidennya Datuk Mohd Zin Mustapa berkata, GKCM memandang serius tentang perkembangan politik mutakhir ini yang mendakwa terdapat banyak kepincangan dalam Bersatu yang baharu tujuh bulan ditubuhkan itu.

“GKCM telah memulakan perubahan dalam pemikiran politik di Malaysia dan tunjang kepada pemimpin politik yang telah rebah ekoran permainan dan percaturan politik kawan dan lawan sehingga tertubuhnya PPBM, hari ini, mengambil keputusan untuk terus bersuara atas slogan keramat ‘Berani Kerana Benar’ kami.

“Sehubungan dengan itu, GKCM yang telah bermesyuarat pada hari ini telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong kepimpinan PPBM pusat,” ujarnya kepada Malaysia Dateline malam ini.

GKCM telah mengenalpasti beberapa perkara yang menjadi punca permasalahan parti yang diterajui Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.

“Beberapa pemimpin tertinggi parti jelas mengamalkan kronisme dengan melantik rakan-rakan mereka untuk menerajui kepimpinan Bahagian-Bahagian. Sifat inilah yang merupakan punca kerosakan bangsa Melayu sejak zaman berzaman.

“PPBM tidak berjaya menepati citarasa politik generasi masa kini dalam penjenamaan politik baharu yang ditagihkan oleh rakyat yang dahagakan perubahan.

“GKCM melihat bahawa perjuangan PPBM lebih kepada matlamat peribadi para pemimpin yang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka daripada perjuangan untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

“Berbanding dengan Umno yang memulakan langkah dengan ikhlas dan terpuji ketika di awal penubuhannya, PPBM memulakan langkah yang sumbang dan penuh dengan sifat dan amalan lama yang buruk dan mengjengkelkan dalam amalan pilih kasih dan sifat kronisme yang memualkan. Ini tidak selari dengan apa yang telah diwar warkan ketika PPBM hendak ditubuhkan.

“Pemilihan Ketua-ketua Bahagian dari kalangan mereka yang tidak berwibawa dengan mengetepikan mereka yang telah bersusah payah sehingga PPBM diterima ramai dilihat sebagai amalan kuno yang akan memulakan keretakan besar dalam parti dan tidak boleh diterima sama sekali.” ujarnya.

Justeru katanya lagi, gabungan itu tidak sama sekali membenarkan amalan buruk dalam berpolitik dirosakkan oleh bangsa Melayu dan gabungan itu akan terus bersuara demi masa depan bangsa yang lebih gemilang.

Malaysia Dateline difahamkan krisis dalaman antara pimpinan tertinggi Bersatu dan pimpinan GKCM hanya menunggu retak menanti belah selepas Bersatu mengumumkan barisan Ketua Penaja Bahagian seluruh negeri pada 14 Februari lalu.

Pada 31 Mac lalu pengumuman sebanyak 24 bahagian lagi yang dibuat oleh Setiausaha Agung Bersatu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh hanya menyenaraikan seorang wakil GKCM iaitu Setiausaha Kerja parti itu yang juga Presiden GKCM Kamarulazman Habibur Rahman sebagai Ketua Penaja Bahagian Teluk Kemang dari Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan yang mempunyai 8 Bahagian namun ahli GKCM mendakwa  jawatan bagi tujuh lagi ketua penaja bahagian di negeri itu  diisi dikalangan kroni pimpinan pusat parti itu.

8 Responses

  1. Hidup seumpama lalang.tiada pendirian hidup.bila angin bertiup kebarat mereka akan kebarat .bila angin bertiup ketimor mereka akan ketimor pula.adakah ini yang dikatakan politik melayu?kesehan rayat yang tak.tau pasal politik.

  2. Hidup seumpama lalang.tiada pendirian hidup.bila angin bertiup kebarat mereka akan kebarat .bila angin bertiup ketimor mereka akan ketimor pula.adakah ini yang dikatakan politik melayu?kesehan rayat yang tak.tau pasal politik.

  3. Hamdan Bro Hamdan Bro says:

    Fikir punya fikit tak bolih masyuk blahla cari altanatif lain

Leave a Reply