GLIC, G20 lepasi KPI – Najib - pakdin.my

khazanah-glc

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat pelaburan milik kerajaan (syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC)) dan 20 syarikat milik kerajaan (GLC) atau G20 berjaya melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agenda pemerkasaan bumiputera (BEA) bagi tahun 2014.

Perdana Menteri memberitahu, GLIC dan G20 mencatatkan sebanyak RM43.9 bilion berbanding RM34.2 bilion pada 2013 iaitu peningkatan sebanyak RM9.6 bilion atau 28 peratus dan sekali gus melepasi sasaran RM7 bilion.

Menurutnya, antara kejayaan dan usaha terperinci pada 2014 adalah nilai pengagihan khusus untuk pengusaha bumiputera sebanyak RM8.2 bilion, perolehan daripada syarikat bumiputera berjumlah RM13.3 bilion dan pelancaran Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan nilai RM10 bilion.

“Selain itu, turut dicatatkan kejayaan mewujudkan 10 syarikat konsortium, syarikat induk dan 1,065 vendor baharu di bawah program pembangunan vendor dan melatih seramai 1,943 siswa dalam program latihan seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS).

“Perincian pencapaian-pencapaian lain adalah dicatatkan di dalam kad laporan pencapaian 2014,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib berkata, bagi tahun 2015, GLIC dan G20 melalui pihak pengurusan dan lembaga pengarah masing-masing telah menetapkan dan terus melaksanakan KPI untuk program bumiputera seumpama itu.

Beliau berkata, secara keseluruhan MEB telah meneliti dan mengambil maklum bahawa inisiatif untuk bumiputera pada 2015 dianggarkan berjumlah RM46 bilion.

“Jumlah ini suatu tambahan sederhana daripada 2014 dan suatu peningkatan yang besar atau 35 peratus daripada jumlah RM34.2 bilion pada tahun 2013,” jelasnya.

Perdana Menteri berkata, antara inisiatif yang ditekankan untuk tahun 2015 adalah usaha syarikat-syarikat GLIC dan GLC dalam menyumbang kepada isu berkaitan pengangguran siswa.

Menurutnya, pada 2014, jumlah siswa di bawah SL1M ditingkatkan dua kali ganda daripada 4,500 kepada 10,000 pada 2015 dengan jumlah kos sebanyak RM250 juta dan daripada jumlah itu, 70 peratus atau 7,000 adalah siswa yang sedang dilatih oleh GLIC dan GLC.

“Walaupun baru bermula di dalam program khusus lima tahun ini, alhamdulillah pada keseluruhannya program bagi syarikat GLIC dan GLC ini adalah permulaan yang baik dan suatu komponen yang penting dalam menjayakan agenda pemerkasaan bumiputera,” katanya.

UTAMAEKONOMIGLIC, G20 lepasi KPI - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium