Golden Churn Butter Masih Di Letakkan Bersama Barangan Halal Di Pasaraya - pakdin.my

Produk Golden Churn Butter yang disahkan TIDAK halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih terus ditempatkan bersama barangan halal di sesetengah kedai serbanika dan pasaraya.

Ketika ditanya kepada pengurusan/pengusaha, mereka menyatakan tidak tahu keputusan yang telah dibuat oleh JAKIM. Mereka juga menyalahkan JAKIM kerana tidak menyebarkan maklumat berkenaan secara meyeluruh.

Masih masih ramai dikalangan pengguna Islam yang tidak mengetahui produk tersebut di sahkan tidak halal oleh phak JAKIM akan terus membeli produk berkenaan kerana tidak diasingkan antara produk halal dan tidak halal.

JAKIM dan media masa sepatutnya bertanggungjawab untuk menyebarkan pengesahan status tidak halal Golden Churn Butter kepada pasaraya, kedai serbanika dan kedai runcit. JAKIM juga boleh meminta kerjasama dari pengedar supaya meletakkan tanda ‘tidak halal’ pada produk berkenaan.

JAKIM pada 15 Ogos lalu mengumumkan pengesahan status tidak halal produk mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn. Keputusan tersebut  telah dimaklumkan dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Jakim Sahkan Mentega ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ Tidak Halal

butter golden churn

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal. Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran […]

UTAMABERITAGolden Churn Butter Masih Di Letakkan Bersama Barangan Halal Di Pasaraya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium