Golongan Profesional Dalam 80 Peratus Muka Baharu BN Di Selangor – Najib - pakdin.my

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan watikah perlantikan calon BN bagi Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar (depan, kiri) pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Calon BN Negeri Selangor di Bangunan Umno Selangor di Shah Alam
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan watikah perlantikan calon BN bagi Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar (depan, kiri) pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Calon BN Negeri Selangor di Bangunan Umno Selangor di Shah Alam
<

SHAH ALAM, 16 April — Golongan profesional ialah antara yang ditampilkan Barisan Nasional dalam 80 peratus muka baharu calon negeri Selangor bagi pilihan raya umum ke-13.

Senarai calon diumumkan perdana menteri yang juga pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.

Najib berkata keputusan itu selaras dengan kehendak dan jangkaan rakyat di Selangor dan BN sebagai sebuah parti yang tunduk kepada kuasa dan kehendak rakyat.

Calon-calon itu merupakan barisan terbaik, barisan transformasi untuk Selangor bagi mengembalikan Selangor kepada BN dan menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang kuat, katanya semasa berucap sebelum majlis pengumuman itu yang menyenaraikan 22 calon BN bagi kawasan parlimen dan 56 calon bagi kawasan dewan undangan negeri.

Kalangan calon profesional di Selangor ini terdiri daripada peguam, jurutera, akauntan dan ahli perniagaan.

Najib berikrar untuk menunaikan janji-janji BN Selangor bila berjaya menguasai semula negeri ini dan tidak akan bersikap seperti kerajaan negeri sekarang yang hanya membuat janji-janji kosong.

Perdana menteri berkata pemilihan calon BN kali ini turut mengambil kira populariti mereka di peringkat akar umbi, mesra rakyat dan sanggup memberi khidmat bakti kepada rakyat.

“Oleh itu saya berharap pada calon kita agar berjaya meyakinkan pengundi bahawa mereka boleh bawa kejayaan kepada BN. Inilah barisan yang akan berjaya menebus kekalahan kita dan kembalikan BN sebagai pemerintah di negeri Selangor.

“Saya minta maaf jika dalam pemilihan calon-calon ini saya dan rakan-rakan tidak dapat menurut kehendak semua pihak sebab sudah jadi adat. Mustahil bagi kita memenuhi kehendak semua pihak, tak mungkin,” katanya.

Beliau berkata apa yang penting ialah parti berjaya dan mereka memberi harapan kepada parti untuk membela para anggota parti dan rakyat.

Najib berkata beliau selaku Pengerusi BN Selangor akan terus mengawasi dengan sebaiknya perjalanan kerajaan negeri jika BN kembali memerintah Selangor dan akan terus membantu supaya perubahan dan pembangunan yang lebih pesat berlaku di negeri ini.

“Sekiranya ada apa-apa kelemahan kita akan betulkan kelemahan itu dengan sebaik-baiknya,” kata Najib.

Pada pilihan raya kali ini, Umno membariskan sembilan calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen dan 35 calon untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN), MCA menampilkan tujuh calon bagi kerusi parlimen dan 14 calon DUN manakala MIC meletakkan empat calon bertanding kerusi parlimen dan tiga calon kerusi DUN.

Parti Gerakan pula meletakkan satu calon bertanding bagi kerusi parlimen dan tiga calon kerusi DUN, PPP satu calon di DUN manakala seorang rakan baharu BN Datuk Zulkifli Noordin, anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu sebelum ini yang juga naib presiden Perkasa, diletakkan bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

Pada majlis itu, Najib turut merakamkan ucapan terima kasih ke atas sokongan rakyat yang semakin meningkat dan berdoa kepada Allah BN akan berjaya di Selangor.

Perdana menteri dijadual melancarkan Aku Janji Pilihan raya BN khusus untuk Selangor pada pukul 8 malam esok di Shah Alam Convention Centre.

P092 Sabak Bernam – Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) – muka baharu
Dun sg air tawar : kamarul zaki abd malek.
Sabak : abdul halim budin

P093 Sungai Besar – Datuk Noriah Kasnon (UMNO) – Penyandang
DUNSg panjang : Budiman mohd zohdi
Sekinchan : kek seng kui

P094 Hulu Selangor – P. Kamalanathan (MIC) – Penyandang
DUN Ulu Bernam : Dtk Rosni Sohar
Kuala Kubu Baharu : Jessie Ooi
Batang Kali : Ahmad Nadzari Dahlan

P095 Tanjong Karang – Datuk Seri Noh Omar (UMNO) – penyandang
Dun Sungai Burong : dtk mohd. Shamsudin Lias
Permatang : Sulaiman Razak.

P096 Kuala Selangor – Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) – muka baharu
Dun Bukit Melawati : Jakiran Jacomah
Dun Ijok : KR Parthiban
Dun Jeram : Amiruddin Sutero

P097 Selayang – Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA)
Dun Kuang : Abdul Shukor Idrus
Dun Rawang : Lee Li Yew
Dun Taman Templer : Datuk Subahan Kamal.

P098 Gombak – Raman Ismail (UMNO)
Dun Batu Caves : Ravichandran
Dun Gombak Setia : Syed Anuar Syed Ahmad.
Dun Hulu Klang : Abdul Rahim pandak kamarudin

P099 Ampang – Dr. Rozaidah Talib
Dun Bukit Antarabangsa : Mohd. Nazim Ibrahim
Dun Lembah Jaya : Badri Hisham Joned

P100 Pandan – Garry Lim Chin Yee (MCA)
Dun Cempaka : Mohd. Faisal (termuda 33 tahun)
Dun Teratai : Liew Yoh Gan

P101 Hulu Langat – Adzhaliza Mohd. Nor (UMNO) – muka baharu
Dun dusun tua : ismail sani
Dun semenyih : johan abdul aziz
Dun Kajang : lee ban seng

P102 Serdang – Datuk Yap Pian Hon (MCA)
Dun Bangi : Mohd. Zaidi Md. Zin (peguam syarie)
Dun Balakong : Lai Kwong Choy
Dun Seri Kembangan : Chin Toong Kang

P103 Puchong – A. Kohilan Pillay (Gerakan) – muka baharu
Dun Seri Serdang : Mohd. Yusof Mohd. Yassin
Dun Kinrara : Wong Pong Hong

P104 Kelana Jaya – Loh Seng Kok (MCA)
Dun Subang Jaya : Gan Meng Foo
Dun Seri Setia : Tengku Riduan Tengku Mansor

P105 Petaling Jaya Selatan – Seah Kok Fah (MCA)
Dun Taman Medan : Abdul Wahab Ibrahim
Dun Bukit Gasing : Juan See Chang

P106 Petaling Jaya Utara – Chew Hoong Ling (MCA)
Dun Kampung Tunku : Chong Seng Foo
Dun Damansara Utama : Lim Choon Kin

P107 Subang – A. Prakash Rao (MIC) – muka baharu
Dun Bukit Lanjan : Francis Chong Tuck Chew
Dun Paya Jaras : Ir. Muhammad Bushro Mat Johor
Dun Kota Damansara : Halimaton Saadiah Bohan

P108 Shah Alam – Zulkifli Noordin (rakan BN)
Dun Kota Anggerik : Mohd. Yusuf Din
Dun Batu Tiga : Datuk Ahmad Nawawi

P109 Kapar – Saktivel Alagappan (MIC)
Dun Meru : Sukaiman Ahmad
Dun Sementa : Md. Ghazali Md. Amin
Dun Sungai Pinang : Ivy Lee Siew Cheng
Dun Selat Klang : Faisal Yahya

P110 Klang – Datuk Teh Kim Poo (MCA)
Dun Pelabuhan Klang : Nasarudin Md. Zin.
Dun Pandamaran : Chin Eu Boon.

P111 Kota Raja – Murugesan Sinnandavar (MIC)
Dun Seri Muda : Mohd. Raof
Dun Kota Alam Shah : Maglin
Dun Andalas : T. Mohan

P112 Kuala Langat – Sharuddin Omar (UMNO) – muka baharu
Dun Sijangkang : Zurihan Yusuf
Dun Telok Datuk : Tan Cheng Chai
Dun Morib : Hasiman Sidom

P113 Sepang – Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (UMNO) – penyandang
Dun Tanjong Sepat : Nisman Yusuf
Dun Dengkil : Shahrom Mohd. Sharif.
Dun Sungai Pelek : Ng Chook Ching.

UTAMAPILIHAN RAYAGolongan Profesional Dalam 80 Peratus Muka Baharu BN Di Selangor - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium