GST: Bantu Banteras Pasaran Gelap - pakdin.my

gst-black-market

Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mulai esok merupakan satu daripada cara untuk membanteras kewujudan aktiviti pasaran gelap.

Di bawah CBP, hanya peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembelian yang dikemas kini sahaja layak untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan membuat pinjaman bank.

Jika sudah mendaftar CBP tetapi membeli daripada pasaran gelap, mereka bukan sahaja tidak layak menuntut apa-apa cukai input tetapi turut meningkatkan kos perniagaan.

Di bawah CBP, transaksi semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit sangat penting.

Hakikatnya, CBP membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian agar lebih efisien.

Ini dapat memudahkan mereka mengenal pasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi.

Dakwaan CBP mengurangkan kuasa beli rakyat, adalah tidak benar kerana majoriti barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal tidak dikenakan CBP.

CBP yang ditetapkan hanya pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang kadar keseluruhan 16 peratus, adalah rendah.

Tambahan lagi, peniaga yang telah berdaftar di bawah CBP layak menuntut balik cukai input yang dibayar.

Ini dapat mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran.

Selain itu, kerajaan telah menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isirumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

Kerajaan juga telah memberi rebat cukai pendapatan sebanyak satu hingga tiga peratus kepada golongan berpendapatan sederhana dan tinggi.

Sementara itu, pengenalan CBP pada kadar enam peratus merupakan antara yang terendah di dunia untuk memastikan ia memberi impak minimum kepada rakyat.

Kadar tersebut juga mengambil kira kutipan hasil di bawah cukai jualan dan perkhidmatan serta pelbagai bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat.

UTAMAEKONOMIGST: Bantu Banteras Pasaran Gelap

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium