GST: Harga Bahan Api Kekal Untuk April - pakdin.my

harga-bahanapi-kekal-gst

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selasa.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter.

Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April, kata jurucakap kementerian itu ketika dihubungi Bernama.

Namun begitu, menurut jurucakap itu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6.0 peratus.

CBP akan dilaksanakan mulai Rabu.

UTAMAEKONOMIGST: Harga Bahan Api Kekal Untuk April

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium