GST: Najib jawab lagi kritikan, dakwaan Dr. Mahthir – https://najibrazak.com/faq-3/# - pakdin.my

najibrazak_com_faq

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menjawab lagi kritikan yang dibuat terhadap beliau dan kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang disuarakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan terbaru beliau melalui blog NajibRazak.com, Najib berkata: “Ia adalah sambungan kepada FAQ (soalan lazim) sebelum ini.”

Pada 17 Mei, Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan berkenaan serta respons beliau melalui blog itu, antaranya tuduhan berkaitan isu Altantuya dan 1MDB.

Dalam respons beliau mengenai kritikan terhadap GST, Najib berkata:

“Saya faham bahawa beberapa kebimbangan disuarakan mengenai GST yang diperkenalkan.

“Bagaimanapun, sebagai perdana menteri, adalah tanggungjawab saya untuk membuat keputusan yang betul bagi seluruh rakyat Malaysia, walaupun ia mungkin kelihatan sukar ketika ini.

“Kini, hanya seorang dalam setiap 10 orang rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan oleh itu, adalah penting bagi kami meluaskan asas percukaian demi kebaikan ekonomi untuk jangka panjang.

“Lagi pun, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa 23 peratus daripada hasil kerajaan ketika ini datangnya daripada minyak dan gas.

“Seperti yang dapat kita saksikan daripada kejatuhan teruk harga minyak global baru-baru ini, Malaysia tidak mampu mengekalkan pertumbuhan dan pembangunannya berdasarkan aliran hasil itu semata-mata.

“Inilah sebabnya kami mengumumkan satu pembaharuan terhadap sistem percukaian, dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

“Pengenalan GST akan membantu kita dalam membina ekonomi yang lebih kukuh, lebih lestari dan telus: Ia akan mengurangkan defisit kita, membantu kita melabur untuk masa depan kita dan menolong memacu ke hadapan pembangunan negara kita.

“Malangnya, daripada berusaha untuk memahami rasional dari segi ekonomi dan manfaat jangka panjang yang akan dibawanya kepada rakyat, sesetengah ahli politik sebaliknya menyerang pengenalan GST, dengan menggambarkannya sebagai suatu langkah luar biasa dan tidak perlu bagi sebuah negara seperti Malaysia.

“Sebenarnya, GST bukanlah suatu fenomena baharu. Lebih 160 negara sudah melaksanakannya dan di ASEAN, dalam kalangan jiran-jiran kita, Malaysia adalah negara kelapan yang memperkenalkan cukai ini.

“Di samping itu, kadar enam peratus yang dikenakan di Malaysia sebenarnya adalah antara yang paling rendah di dunia. Secara perbandingan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos dan Indonesia semuanya mengenakan kadar GST sebanyak 10 peratus.

“Namun demikian, saya dapati, sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab, kecil dan besar, dengan licik cuba mengambil kesempatan daripada pengenalan GST untuk menaikkan harga lebih daripada kadar enam peratus. Ini tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya sudah mengarahkan jabatan berkenaan supaya meningkatkan langkah penguatkuasaan bagi memastikan sebarang kenaikan yang dikenakan pekedai dan pemilik perniagaan mestilah sejajar dengan kadar GST sebanyak enam peratus dan sebarang perbuatan menyalahgunakan sistem ini, yang memberi kesan negatif kepada pengguna, perlulah dihentikan.

https://najibrazak.com/faq-3/#

Criticism of GST

    1. I understand that some concerns have been expressed around the introduction of the GST. However, as Prime Minister, it is my responsibility to make the right decisions for all Malaysians, even if it can seem difficult at the time.

    2. At the moment, only 1 in 10 Malaysians pays personal income tax, and it is important that we broaden our tax base for the long term good of the economy

    3. Furthermore, it is important to note that 23% of the government’s revenue currently comes from oil and gas. As we have seen from the recent steep fall in global oil prices, Malaysia cannot sustain its growth and development based on this revenue stream alone. This is why we announced a reform of the tax system, with the Goods and Services Tax replacing the Sales and Services Tax.

    4. The introduction of the GST will help us build a stronger, more sustainable and transparent economy: it will help reduce our deficit, help us invest in our future, and help drive forward our national development.

    5. Unfortunately, rather than seeking to understand the economic rationale and the long-term benefit this will bring to the rakyat, some politicians have been attacking the introduction of GST, portraying this as an unusual and unnecessary measure for a country of Malaysia’s size.

    6. However, GST is not a new phenomenon. More than 160 countries have already implemented this and in ASEAN, our neighbourhood, we are the 8th country to introduce the tax. Furthermore, Malaysia’s 6% rate is actually one of the lowest in the world. By contrast; the Philippines, Cambodia, Vietnam, Laos and Indonesia all have a 10% GST rate.

    7. Having said that; I have been made aware that some unscrupulous businesses, both big and small, are trying to take advantage of the introduction of GST to increase prices above the 6% rate. This is completely unacceptable.

    8. I have instructed the relevant departments to step up their enforcement efforts to ensure that any increases introduced by shopkeepers and business owners are in line with the 6% GST rate, and that any abuses of this system which negatively harm the consumer are brought to a halt.

    UTAMAEDITORIAL1MDBGST: Najib jawab lagi kritikan, dakwaan Dr. Mahthir - https://najibrazak.com/faq-3/#

    Kongsi Berita

    Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
    Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium