Guan Eng Kutuk Anwar, Tuduh Anwar Punca PAS Keluar Pakatan

Akhirnya bocorlah rahsia bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pernah meletakkan salah terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim apabila PAS keluar meninggalkan pakatan pembangkang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam dialog tertutup di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014 dilaporkan telah bersikap hipokrit dengan membuat pelbagai tuduhan keatas Anwar.

“Saya fikir sebab utama Hadi (berubah) adalah kemarahan terhadap Anwar. Anwar membuat Langkah Selangor tanpa merujuk kepada sesiapa. Mungkin saya tidak menganggapnya sebagai satu penghinaan. Selepas itu beliau keluar, beliau memanggil saya dan meminta maaf”

“Saya bersifat lebih pemaaf, jadi saya berkata, sangat malang kamu terpaksa memberi penjelasan. Saya fikir untuk Hadi ia adalah sesuatu yang beliau tidak boleh terima, kerana ini bukan kali pertama Anwar membuat sesuatu tanpa perundingan. Jadi dari satu segi saya fikir ini telah membuat Hadi hilang kawalan.” kata Guan Eng dalam dialog di Singapura itu.

Perkara ini baru sahaja didedahkan di media sosial oleh satu sumber yang katanya turut berada di majlis berkenaan semasa Guan Eng bertindak berkata sedemikian.

Inilah sikap sebenar Guan Eng. Di hadapan Anwar semasa mahu meraih sokongan dan undi, Guan Eng akan memuji dan memuja Anwar seolah-olah bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pemimpin agung masyarakat Melayu.

Namun, di hadapan geng geng PAP Guan Eng di Singapura, Guan Eng tidak bersembunyi lagi mengutuk dan merendah-rendahkan Anwar.

Bayangkan jika Pakatan Harapan dapat berkuasa di Malaysia, bagaimanalah agaknya Guan Eng atau DAP akan melakukan terhadap masyarakat Melayu?

DAP akan buat apa sahaja untuk parti mereka sahaja. DAP sanggup untuk tanam, terajang keluar dan timbus parti parti lain bila matlamat besar mereka sudah tercapai.

Bagaimana pula nasib-nasib parti seperi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khususnya Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir? Sudah pasti tidak tahan lama, jika DAP berkuasa.

Jika tindakan PAS keluar Pakatan Rakyat kerana enggan bersekongkol dengan DAP pun Guan Eng salahkan Anwar. Apa akan jadi jika Pakatan Harapan bakal kalah teruk pada PRU14 nanti? Siapa pula yang akan dipersalahkan?

Sedarlah, DAP hanya mahukan orang Melayu dan parti politik bertunjangkan Melayu untuk mereka meraih pengaruh bangsa majoriti itu semata-mata sahaja.

DAP bukan untuk membantu memartabatkan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun, mereka hanya mahu kuasa semata mata.

Impian Malaysian Malaysia DAP masih belum terpadam.  Bocornya video Guan Eng kutuk Anwar ini menjelaskan apa sebenarnya agenda DAP. Kini DAP yang pimpin dan ketuai Pakatan Harapan.

DAP takut “declare” mereka ketua PH secara rasmi kerana takut orang Melayu marah. Sebab itu masih tiada jawatan no. 1 dan no. 2 dalam PH. Yang ada hanya dua orang boneka sahaja.

15 Responses

  1. Halim Othman Halim Othman says:

    Bersetongkol lagi dgn Dap komunis,dia baik gan Melayu ada makna,sokong lagi Bangsa tu,Ds Anwar lgi dia kutuk,ini kan pula Tun M,celah gigi puak dia saja…..Melayu bodoh…..

  2. Azman Harun Azman Harun says:

    Cina ni dia ingat dia sorang saja paling betoi, paling pandai….

  3. Noor Cahaya Noor Cahaya says:

    ‘Sesorang itu tidak bersalah sebelum beliau didapati bersalah’.. tapi malangnya hanya terpakai pada ahli parti tertentu sahaja..

  4. Noor Cahaya Noor Cahaya says:

    ‘Sesorang itu tidak bersalah sebelum beliau didapati bersalah’.. tapi malangnya hanya terpakai pada ahli parti tertentu sahaja..

  5. Noor Cahaya Noor Cahaya says:

    ‘Sesorang itu tidak bersalah sebelum beliau didapati bersalah’.. tapi malangnya hanya terpakai pada ahli parti tertentu sahaja..

  6. Noor Cahaya Noor Cahaya says:

    ‘Sesorang itu tidak bersalah sebelum beliau didapati bersalah’.. tapi malangnya hanya terpakai pada ahli parti tertentu sahaja..

  7. Gordon KL Gordon KL says:

    masing2 ada biji angin yg masing2 tahu. bila tiba masa tak ngam, masing2 tikam sesama sendiri. nilah beza antara barisan dengan pakatan.

Leave a Reply