Guan Eng tak jawab soalan pasal duit bina pejabat DAP

guan-eng-plaster

13 DIS:  Pemimpin DAP nampaknya hanya mahu parti lain, khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersikap telus serta terbuka menjawap apa juga persoalan atau dakwaan yang dikemukakan.

Bagaimanapun apabila terkena batang hidung sendiri, mereka mudah melatah dan cepat melenting, malah berdolak dalik mengalih perhatian kepada isu lain tanpa menjawap persoalan asal yang dibangitkan.

Soalan Datuk Abdul Rahman Dahalan di laman tweeter #tanyaLGE (Tanya Lim Guan Eng) pada 28 Oktober lalu yang tidak dijawap Ketua Menteri Pulau Pinang itu hingga sekarang.

Soalan Datuk Abdul Rahman Dahalan di laman tweeter #tanyaLGE (Tanya Lim Guan Eng) pada 28 Oktober lalu yang tidak dijawap Ketua Menteri Pulau Pinang itu hingga sekarang.

Buktinya pada 28 Oktober lalu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan bertanya kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai sumber dana bagi membina Ibu Pejabat parti itu yang baharu.

Soalan Abdul Rahman itu dikemukkan di laman tweeter terbuka #tanyaLGE (Tanya Lim Guan Eng).

Malangnya, ketika jawapan yang terbuka dan telus diharapkan daripada Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau sebaliknya bersikap defensif dan mengelak menjawab secara jujur soalan berkenaan.

Guan Eng memberi reaksi dengan menuduh Ahli Parlimen Kota Belud itu pengecut serta mencabar Abdul Rahman agar menuduh beliau mengamalkan rasuah atau korup supaya beliau boleh menyaman menteri itu di mahkamah.

Situasi itu macam perang ‘twitter antara Rahman dan Guan Eng hingga jadi karikatur pihak yang turut mempertikai keengganan Setiausaha Agung DAP itu menjawab soalan yang mudah itu.

Walaupun ada komen dari orang awam di laman  tweeter #tanya LGE itu yang mahu Guan Eng menjawap soalan Abdul Rahman, beliau tetap berdiam diri hingga ke hari ini.

Guan Eng sebelum ini sering menuduh kerajaan BN mengamalkan rasuah dan tidak telus dalam pentadbiran serta pelaksanaan pelbagai projek dengan memetik pelbagai sumber tidak sahih termasuk laporan akhbar luar negara seperti The Washington Post.

Namun beliau gagal mengambil kira kajian ilmiah yang sah mengenai kadar amalan rasuah oleh Transparency International melalui Indeks Rasuah Global Barometer yang mendapati bahawa amalan rasuah di Malaysia sebenarnya adalah rendah berbanding persepsi kononnya ia berada pada tahap serius.-bnbbc.my

Karikatur petikan soal jawab antara Rahman Dahlan dan Guan Eng

Leave a Reply