Guan Eng tidak perlu politikkan isu pelarian Rohingya - pakdin.my

pelarian-rohingya-pulau-pinang

Jangan hanya berkokok di Dewan Rakyat dan pentas politik, kata Datuk Seri Zahid Hamidi yang membidas hebat kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pelarian Rohingya.

Kata Menteri Dalam Negeri itu lagi, kerajaan negeri seharusnya menterjemahkan bukti komitmen kepada pelarian Rohingya sekiranya benar-benar ikhlas ingin membantu pelarian tersebut, bukan hanya menyalahkan Kerajaan Pusat sahaja.

“Yang mereka khuatir sekarang ini adalah penggunaan tanah kerajaan negeri, tapi tentu lebih molek kerajaan negeri yang memperjuangkan hak asasi manusia tidak berkokok begitu saja di Dewan Rakyat dan di pentas politik.

“Tidak menyerahkan beban kepada pihak lain, mereka harus menterjemahkan apa yang diperjuangkan dengan membuktikan komitmen sekiranya benar ikhlas untuk membela nasib Rohingya,” katanya di Lobi Parlimen, Isnin.

Sementara itu, Guan Eng ketika ditemui di Lobi Parlimen pula mendakwa kerajaan pusat enggan menyambut baik tindakan kerajaan negeri dan hanya mahu mempolitikkan isu.

Guan Eng turut sengaja mengaitkan kononnya kerajaan persekutuan ingin membalas dendam berikutan kekalahannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

“Kita tak diberi sebarang makluman langsung mengenai pelarian Rohingya ni, ini kerana UMNO BN nak balas dendam kerana kalah dalam PRK Permatang Pauh lalu, tapi kalau nak balas dendam bukan ini caranya.

“Dalam RMK ke-11 (Rancangan Malaysia ke-11) pun lupa kepada Pulau Pinang, tapi isu Rohingya boleh ingat pula pada kita, jangan main politik dalam isu kemanusiaan ni,” katanya lagi.

UTAMAPOLITIKGuan Eng tidak perlu politikkan isu pelarian Rohingya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium