Guna Kaedah Galian Cari Mangsa Runtuhan - pakdin.my

SHAH ALAM: Usaha menyelamatkan tiga lagi mangsa kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, yang sebelum ini menggunakan kren, terpaksa ditukar kepada kaedah galian dari bawah tanah.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Othman Abdullah berkata kaedah itu terpaksa digunakan berikutan struktur konkrit yang runtuh terlalu berat.

Beliau berkata lokasi seorang daripada mangsa juga telah dikenal pasti dan suara dua lagi mangsa masih kedengaran.

“Berdasarkan maklumat awal, terdapat 18 pekerja binaan yang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian tetapi hanya lapan yang terlibat dalam kejadian runtuhan itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Othman berkata sebanyak empat jentera bomba dengan 50 anggota terlibat dalam kerja menyelamat sejak kira-kira 5 petang Khamis.

Turut terlibat dalam operasi menyelamat ialah pasukan polis, Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pertahanan Awam, petugas Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, paramedik Pusat Perubatan Universiti Malaya serta pasukan Smart.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang dicatat pada papan kenyataan pihak berkuasa di lokasi kejadian, mangsa yang maut dikenali sebagai Otok Hamid Anthony manakala mereka yang cedera dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, kesemuanya berusia lingkungan 30-an.

Satu Maut, Lima Cedera Dalam Kejadian Bumbung Banglo Runtuh Di Seksyen 7 Shah Alam

banglo runtuh shah alam

SHAH ALAM- Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala lima yang lain selamat dalam kejadian konkrit banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi. Bagaimanapun seorang daripada lima mangsa yang selamat terputus kaki dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan. Kesemua mangsa […]

UTAMABERITAGuna Kaedah Galian Cari Mangsa Runtuhan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium