Hadi: Mahfuz Sila Keluar PAS Jika Tak Sehaluan

Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mungkin berdepan tindakan disiplin oleh PAS jika siasatan mendapati beliau bersalah kerana kerap mengkritik kepimpinan parti.

“Saya dimaklumkan telah ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti.

“Kita tunggu sahaja keputusannya nanti,” kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik Bernama selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di Marang, hari ini.

Hadi juga dilaporkan menasihati pemimpin dan anggota PAS yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar-dasar PAS agar keluar parti.

Rabu lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menasihatkan Mahfuz supaya keluar dari PAS daripada terus mengkritik dan menyerang parti itu.

“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam PAS tapi serang PAS. Kritik PAS, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam PAS,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang berkata PAS tidak perlu menunggu muktamar parti itu pada bulan April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana PAS sudah mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.

Sehubungan itu, Mahfuz turut mencadangkan PAS menarik diri daripada kerajaan negeri Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.

Sebaliknya, Mahfuz menempelak timbalan menteri besar Kelantan itu dengan berkata, Nik Amar yang berlatar belakang pensyarah universiti serta berpendidikan Islam, tidak sepatutnya membawa sifat ‘menghalau’ hanya kerana ahli PAS mengambil tanggungjawab menegur parti.

20170217-mahfuz-sila-keluar-hadi

http://www.malaysiakini.com/news/372850

7 Responses

  1. Shahril Naim Shahril Naim says:

    Rampas arak dan antimurtad selaju F1 dipecah seumur hidup mcm rampas arak dan x sokong murtad tu dosa besar

  2. Zul Amin Zul Amin says:

    SEBAB SAYA TIDAK SOKONG HIMPUNAN RUU355

    1) RUU355 adalah umpan UMNO untuk pecahkan pakatan pembangkang, untuk terus kekal berkuasa & menutup mafasid/kerosakan² yg berlaku dalam negara. Tugas dan urusan pindaan RUU355 adalah tugas kerajaan bukan tugas PAS. Jika UMNO ikhlas & pindaan RUU355 bukan umpan politik, sudah tentu UMNO yg akan mengambil tugas ini dan membentangkannya di parlimen. Namun sebaliknya UMNO yang mencadangkan supaya PAS bentang, UMNO juga yang melengahkan PAS bentang sehingga setahun lamanya, UMNO yang mengizinkan Pas bentang melalui cadangan & sokongan menterinya sendiri, UMNO yang menyusun aturan mesyuarat sehingga saat & hari akhir parlimen baru PAS dapat membacanya. Oleh itu dari awal UMNO & PAS mempolitikkan isu ini. UMNO mempermainkan PAS & PAS menurut saja permainan UMNO. Bila diizin untuk dibentangkan, dua kali ahli Parlimen Marang, Haji Abdul Hadi Awang membaca dan kemudian menangguhkan semula. Bila keluar dari parlimen Haji Abdul Hadi menyerang pula DAP & AMANAH sedangkan Pindaan RUU355 adalah urusan kerajaan, kuasa di tangan UMNO dan ia masalah Pas yang termakan umpan UMNO tetapi pihak lain yang diserang & dipersalahkan pula.

    2) Saya tidak setuju bukan bermakna saya tidak setuju matlamat pindaan RUU355 iaitu mahu memartabatkan mahkamah syariah tetapi saya tak bersetuju bagaimana cara ia dimartabatkan; ia dijadikan modal politik untuk menagih sokongan undi rakyat, ia dijadikan peluru untuk menyerang parti² pembangkang yg mahu menjatuhkan UMNO, ia membesarkan lagi perpecahan di kalangan umat Islam, ia melekakan umat Islam terhadap kezaliman UMNO, ia punca kekuatan UMNO dengan mengeksploitasi isu utk dilihat sebagai pembela Melayu & pejuang agama dan ia menjadi penyebab mafasid/kerosakan UMNO untuk terus kekal dan dilupakan.

    3) Saya tidak bersetuju juga kerana melihat kepada keutamaan. Tuntutan Islam bukan hanya 3 perkara ini saja; hukuman zina dirotan 100 rotan, qazaf dirotan 80 rotan & minum arak dirotan 40 rotan. Islam juga menuntut melaksanakan kebajikan untuk rakyat, tidak cederung kepada kezaliman, menentang rasuah & salahguna kuasa, menyekat kerakusan pemerintah, menukar pemimpin yang merompak harta negara dan berusaha mewujudkan pemerintahan yang baik. Mengejar 3 perkara tersebut sehingga lupa kezaliman UMNO & memberi tongkat kpd UMNO terus berkuasa & merompak duit rakyat adalah satu kesilapan. Menentang & menyekat mafasid/kerosakan yg dilakukan oleh UMNO lebih utama dan perlu didahulukan dari pindaan RUU355. Ulamak kita ada membuat kaedah fekah:-

    درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
    (Mengelak kerosakan lebih utama dari mendapatkan kemaslahatan/kebaikan)

    تحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى
    (Perlu menanggung mudharat yg lebih kecil demi menghapuskan mudharat yg lebih besar)

    اغتفار المفسدة المؤقتة لجلب المصلحة الدائمة
    (Membiarkan keburukan sementara bagi mencapai kebaikan/kepentingan jangkamasa panjang).

    Melalui kaedah di atas, perkara yg paling utama ialah fokus menjatuhkan UMNO. Ia adalah maslahah jangka panjang, menghapuskan mudharat yg besar & mengelakkan kerosakan terus berlaku berbanding memperjuangkan 3 perkara iaitu hukuman zina, qazaf & minum arak melalui pindaan RUU355 yg hanya umpan & gula-gula politik UMNO.

    4) Akhirnya, kata² Prof Dr Syeikh Yusuf Qardhawi ini boleh kita renung bersama:-

    وإن مما يؤسف له غاية الأسف أن نجد بعض علماء الدين أو بعض أعضاء الجماعات الإسلامية يتعاونون أحيانا مع جماعات علمانية صريحة في علمانيتها ضد إخوانهم من العاملين للإسلام في حركات أو جماعات تختلف معهم في المنهج أو الموقف السياسي…..فهل يمكن أن يكون وراء هذا التصرف منطق يقبله الإسلام بحال إلا أن تكون الأهواء والخصومات ونزعات الأنفس الامارة بالسوء….
    (الدكتور يوسف القرضاوي، الصحوة الإسلامية، ص ١٢٠.)
    Maksudnya: “Amat malang sekali terdapat sesetengah ulamak atau sesetengah pimpinan jamaah Islamiah kadang² mereka bekerjasama dengan jamaah sekular yg jelas sekularnya dan memerangi saudara mereka yg bekerja utk Islam dari gerakan atau jamaah yang berbeza pendapat dengan mereka dalam pendekatan dan pendirian politik. Disebalik apa yg berlaku ini tidak ada satupun alasan logik yg boleh diterima oleh Islam melainkan ia berlaku kerana mengikut rasa hati, persengketaan dan cenderung mengikut nafsu yg jahat.”
    (Syeikh Dr Yusuf Qardhawi, Sohwah Islamiah, ms 120)

    Ustaz Nadzmi Nazir
    Satu pandangan

Leave a Reply