“HANYA 300 ORANG SAHAJA, PENYOKONG MARIA CHIN YANG TIDAK BERBAYAR”

Kira-kira 300 orang berkumpul di pinggir jalan berhampiran Dataran Merdeka semalam pada hari ketiga mereka mahu mendesak supaya Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dibebaskan dari tahanan.

Maria ditangkap pada Jumaat sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 Sabtu lepas di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 selepas disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Menurut pihak polis, Maria Chin akan ditahan selama 28 hari maksimum mengikut tempoh yang diperuntukkan dalam akta itu.

Sejak malam 21 November lepas, kumpulan berkenaan berkumpul mendesak pembebasan Maria dan ia dirancangkan untuk dibuat setiap malam sehingga Maria dibebaskan.

Kalau dilihat, jumlah penyokong sebenar Maria Chin yang tidak diupah hanyalah itu sebenarnya jumlahnya dan bukannya kira-kira 20,000 orang yang hadir pada perhimpunan haram Bersih 5 , Sabtu lepas.

Ada video dan gambar tersebar di media sosial menunjukkan ramai peserta yang hadir perhimpunan haram itu telah menerima upah untuk hadir apabila peristiwa mereka mengagihkan wang upah selepas tamat perhimpunan Bersih.

Apa yang ketara pada perhimpunan kecil semalam ialah lebih 95 peratus kehadiran adalah dari bangsa Cina dan pada setiap hari sejak hari pertama, kaum Cina paling ramai menghadiri himpunan itu.

Orang Melayu boleh dikira dengan jari dalam kumpulan itu yang biasanya mula berkumpul pada pukul 8 malam.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil langkah menutup Dataran Merdeka selama seminggu bagi menghalang kumpulan penyokong Maria Chin daripada mencemari dan membuat kacau di kawasan tumpuan awam dan bersejarah itu.

Kehadiran di kawasan berkenaan selepas tiga hari tidak melebihi angka 300 orang sahaja bersorak untuk mendesak Maria Chin dibebaskan.

Turut hadir malam tadi ialah bekas ahli parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semalam 300 orang, sehari sebelum itu 500 orang. Jumlahnya makin berkurang berbanding himpunan pertama hanya seramai 700 orang. Malam ini jumlah yang akan berkumpul di Dataran Merdeka dijangka kurang dari 100 orang.

Rakyat sudah semakin celik, siapa yang patut mereka sokong sebenarnya. Untuk tujuan apa mereka membuang masa membela seorang pejuang LGBT?

20161122-mahathir-maria-chin-dataran-merdeka

One Reply to ““HANYA 300 ORANG SAHAJA, PENYOKONG MARIA CHIN YANG TIDAK BERBAYAR””

Leave a Reply