Hanya Malaysia Iktiraf Pendidikan Cina @NajibRazak - pakdin.my


…..

Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan berasaskan bahasa ibunda Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

Menurutnya, kerajaan menganggap pendidikan aliran Cina sebagai berkepentingan besar walau tiada satu pun negara di rantau ini yang mengiktiraf pendidikan jenis itu.

Datuk Seri Mohd Najib menjelaskan, kuasa menteri bagi menukar sekolah jenis kebangsaan, SJK kepada sekolah kebangsaan telah dimansuhkan ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1995.

Justeru itu, kerajaan tidak pernah menganak-tirikan mana-mana sekolah jenis kebangsaan, sebaliknya mengiktiraf kewujudan sekolah itu sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

Malah dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, sejumlah 100 juta ringgit diperuntukkan kepada SJK Cina dan kabinet juga bersetuju untuk mengatasi masalah guru di sekolah berkenaan.

UTAMAHanya Malaysia Iktiraf Pendidikan Cina @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium