Harapan 765 Pelabur Skim Ponzi Musnah - pakdin.my

Raja Noor Asma

Harapan 765 pihak menuntut dalam kes skim Ponzi untuk mendapatkan kembali RM8.3 juta daripada RM100 juta wang mereka berkecai Khamis apabila Mahkamah Rayuan membenarkan pihak pendakwa merampas wang berkenaan.

Dengan keputusan itu, wang berkenaan akan diserahkan kepada Perbendaharaan, kata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandez, yang mewakili Bank Negara, manakala Susheel Kaur mewakili Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam keputusan sebulat suara berkata responden (pihak menuntut) gagal mengetepikan beban seperti yang diperuntukkan Seksyen 61(4) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Abdul Aziz memerintahkan agar keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak menuntut, diketepikan.

Panel itu turut dianggotai Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk David Wong Dak Wah.

Dalam respons segeranya, peguam Md Yunus Shariff, yang mewakili kira-kira 200 pihak menuntut, berkata kliennya kecewa dengan keputusan itu kerana mereka berharap mendapatkan kembali sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus pelaburan masing-masing.

Katanya kebanyakan mereka mengambil pinjaman bank antara RM50,000 dan RM100,000 untuk melabur dalam skim itu dan sebahagian besar daripada mereka adalah daripada kumpulan berpendapatan sederhana.

“Kebanyakan mereka (pelabur) terpengaruh dengan Raja Noor Asma Raja Harun, pengarah FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd, yang mengutip hampir RM100 juta daripada hampir 4,000 pelabur dengan menjanjikan pulangan tinggi daripada pelaburan syarikat itu dalam dagangan minyak sawit antara 2007 dan 2008,” kata Md Yunus kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan.

Pada 11 Jan 2011, Raja Noor Asma dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur setelah dia mengaku bersalah terhadap 50 tuduhan pengubahan wang haram dan empat tuduhan SC.

UTAMABERITAHarapan 765 Pelabur Skim Ponzi Musnah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium