Harga Barang: Bila Nur Jazlan Nak Sedar Diri Dia Pun Ditahap Ini Kerana Tuah Bapa? - pakdin.my

nur-jazlan

CAKAP macam bagus nak menurunkan harga barang ni memang mudah.  Cakap saja pun, bukan kena buat apa-apa.  Inilah kesimpulan penulis dari penganjuran Wacana Pemikiran Kejutan Ekonomi Selepas PRU13 yang dianjurkan akhbar pro pembangkang Sinar Harian semalam.

Macam Rafizilah, hebat bercakap pasal ekonomi, walhal apa kredebiliti dia ada?  Pernah jadi CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, apa yang murah kat negeri tu?  Cukai, caj lesen, caj pemajuan, sewa rumah PPR, caj parking?  Ini semua takde campur tangan kerajaan persekutuan pun, mahal juga.

Sembang bolehlah.

Tapi malangnya, yang turut ikut aliran pemikiran sama ialah ahli Parlimen dari BN, senang cakap Nur Jazlan Rahmat.  Ini kali kedua penulis cakap pasal orang yang sepatutnya tidak ada apa, kalau tidak kerana bapanya Allahyarham Tan Sri Mohamad Rahmat.

Apa yang Nur Jazlan maksudnya kerajaan tidak telus dalam soal kenaikan harga barang?  Apa yang dimaksudkan telus bila bercakap tentang harga barang yang majoritinya ditentukan oleh kuasa pasaran?  Sudah cukup baik kerajaan kawal harga barangan keperluan asas, takkan secawan teh di kedai cina pun kerajaan nak control harga?

Mungkin Nur Jazlan maksud macam itu, tapi bagi contohlah negara mana yang mampu lakukan sedemikian dan kenapa Malaysia tidak boleh jadi seperti itu?  Ini tau tau kondem, apa dapat?

Yang lebih penting disini, Nur Jazlan sebagai Ahli Parlimen BN, tidak membantu kerajaan BN sekarang dalam soal memahamkan masyarakat tentang kenaikan harga barang, bukan setakat itu, dia menyemarakkan lagi semangat anti BN dengan mengaku bahawa kerajaan memang boleh kawal semua harga barang, tapi tidak dibuat sebab tidak telus!!

Ini gila macam mana punya pemikiran.

Banyak barang dalam negara ini diimport dari luar, kerajaan nak kawal macam mana harga barang yang macam ini?

Kenaikan harga barang bukan keperluan yang berlaku di negara ini adalah akibat sabotaj pembekal dan pemborong naikkan harga sebaik tirai 2014 bermula.  Tujuan golongan yang terdiri dari majoriti orang cina ini ialah untuk menyokong persepsi yang ditanam pembangkang untuk rakyat percaya bahawa BN bermaksud barang naik.

Itu saja.  Dan menyokong pendapat tersebut, memang orang cina adalah penyokong terbesar pakatan pembangkang dalam PRU13 yang lepas, 97%.  Lepas tu nak salahkan kerajaan?

Walhal, tidak ada apa cukai yang naik pun di negara ini sehingga harga barang dan perkhidmatan nak melonjak tinggi sebaik tahun 2014 bermula.  Kalau ada cukai yang naik tu, bolehlah salahkan kerajaan.

Nak salahkan tarif elektrik?  Kesan dari kenaikan tarif itu belum nampak lagi pun kerana ia hanya bermula 1 Januari lepas (bil keluar bulan Februari).  Jadi kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan keperluan yang bermula pada tarikh sama tu atas sebab apa pulak?

Gaji minimum? Awal tahun 2013 pun dah dilaksanakan, memang kuatkuasanya Januari tahun ini tapi berapa sektor saja terlibat, sedangkan majoriti syarikat dah laksanakan gaji minimum awal tahun lepas lagi. Malah, mengikut laporan beberapa persatuan majikan, ada syarikat ini yang masih mampu bayar bonus kepada pekerja walaupun setelah perlaksanaan gaji minimum.

Maksudnya, tidaklah gaji minimum itu membebankan majikan, dah boleh bayar bonus kira buat untunglah.  Mana ada syarikat bayar bonus kalau rugi, melainkan satu dua anak syarikat kerajaan di negeri pembangkang.

Disini menampakkan Nur Jazlan tidak mempunyai otak apabila berhujah, dan dengan itu tak sepatutnya khidmat dia sebagai Ahli Parlimen diteruskan dalam PRU14 yang akan datang.  Datuk Seri Najib perlu lihat perkembangan tidak sihat ini sebab Nur Jazlan tidak akan membantu kerajaan di Parlimen.

Sebaliknya dia sama-sama dengan pembangkang pulak lagi.  Calonkan dia sekali lagi di Pulai, hilang pulak kerusi Parlimen tu, seperti mana Temerloh hilang kepada PAS sebab masih calonkan orang macam Saifudin Abdullah – percuma dan sia-sia.

Dalam masa yang sama, kerajaan perlu awasi tindakan pemborong dan pembekal berpakat untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan bila tidak ada apa kenaikan tambahan yang boleh menjustifikasikan kenaikan harga melampau.

Isytihar perang kalau perlu dan lantik pembekal terus dari negara pengeluar.  Itu saja cara nak mematahkan dominasi puak-puak ini.  Macam kerajaan buat dengan menurunkan harga 22 jenis barang di pasar tani, tapi lebih menyeluruh lagi.

Kalau tak boleh nak tadbir negara sehebat Dr. Mahathir, tak mengapa, tapi ketegasan orang tua itu dalam hal-hal macam ini (buang orang tak betul), perlu dicontohi.

UTAMAPOLITIKHarga Barang: Bila Nur Jazlan Nak Sedar Diri Dia Pun Ditahap Ini...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium