Haron Din Mursyidul Am PAS yang baharu - pakdin.my

MESRA... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbual mesra bersama Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din (kiri) yang kelihatan ceria dan semakin sihat semasa kunjungan Perdana Menteri ke Institut Jantung Negara (IJN)

Majlis Syura PAS pada Ahad lalu sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti yang baharu bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis itu, yang terdiri daripada 15 anggota mewakili pelbagai pihak, membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat di ibu pejabat PAS pusat di sini.

Mereka turut melantik Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dicapai berdasarkan Perlembagaan PAS yang memberi kuasa kepada seluruh anggota Majlis Syura melantik individu paling layak mengetuai mereka sebagai Mursyidul Am.

“Berdasarkan perlembagaan parti, Majlis Syura akan menentukan jawatan itu (mursyidul am dan timbalan) setiap lima tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Jawatan Mursyidul Am PAS kosong berikutan penyandangnya Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.

Allahyarham Nik Aziz menyandang jawatan Mursyidul Am sejak 1995.

UTAMAPOLITIKHaron Din Mursyidul Am PAS yang baharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium