#PRNSarawak11: Helikopter Bawa VIP Hilang Dari Radar

KUCHING: Sebuah helikopter yang dipercayai membawa kenamaan disahkan hilang daripada radar di Sarawak.

Dua Ahli Parlimen termasuk seorang timbalan menteri persekutuan dipercayai berada di dalam helikopter tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.

“Kes ini kami klasifikasikan sebagai hilang perhubungan. Sepatutnya helikopter berkenaan perlu menghubungi DCA sekitar pukul 5 petang apabila melalui lokasi tertentu bagi melaporkan kedudukan.

“Tapi DCA tidak menerima apa-apa panggilan. Cubaan kita menghubungi mereka juga negatif,” katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu Azharudin berkata pihaknya telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.26 petang Khamis.

Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira pukul 5.00 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

18 Replies to “#PRNSarawak11: Helikopter Bawa VIP Hilang Dari Radar

Leave a Reply