Hina PDRM, anak bekas TPM akan disiasat- Khalid - pakdin.my

20 FEB: Bukit Aman akan memanggil anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan cuba menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan memanggil Farhan Yassin itu bagi memberi peluang kepada individu itu menjelaskan apa yang dimaksudkannya berhubung gambar logo pasukan itu yang diubah suai dan ditambah gambar uncang duit seperti dimuat naik di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

“@PDRMsia akan panggil Farhan Yassin utk dia jelaskan apa yg dimaksudkan dgn tanda (wang) di Crest PDRM yg beliau siarkan di Instagram nya,” katanya.

Sebelum itu, Farhan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial apabila didakwa menghina PDRM dengan memuat naik gambar yang dianggap menghina pasukan keselamatan itu.

Bagaimanapun, Farhan Yassin didakwa sudah memadam gambar yang dimaksudkan.

UTAMABERITAHina PDRM, anak bekas TPM akan disiasat- Khalid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium