Hormati Sistem Demokrasi Berparlimen : Sultan Pahang (video) - pakdin.my

sultan-pahang-perasmian-dun-2013

Kepada wakil rakyat, penuhilah segala janji yang ditaburkan pada pilihan raya umum ke-13 dan kepada rakyat, hormatilah sistem demokrasi berparlimen yang mereka sendiri sudah sempurnakan pada 5 Mei lalu.

Ingatan itu disuarakan oleh dua Ketua Negeri yang gusar dengan perkembangan semasa yang melanda negara selepas PRU 13.

Di Pahang, Sultan Ahmad Shah pada perasmian pembukaan penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri misalnya menyeru rakyat bertindak wajar dan menggunakan kebebasan bersuara yang dinikmati dengan sebaik-baiknya.

Titah baginda, tindakan demonstrasi jalanan seperti di negara luar dikhuatiri mencetuskan pergaduhan dan pertumpahan darah.

Oleh itu rakyat perlu menghindari budaya dan cara negatif berkenaan agar tidak menular ke negara ini.

Dalam majlis sama, Sultan Ahmad Shah mengucapkan tahniah kepada semua 42 Adun yang dipilih pada pilihanraya umum lalu dan mahu mereka pro-aktif dengan menitikberatkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama serta fahaman politik.

 

UTAMABERITAHormati Sistem Demokrasi Berparlimen : Sultan Pahang (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium