Hudud: DAP, PKR perlu hormat hak Pas - pakdin.my

hadi-hudud-menikus

Cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan merupakan hak Pas yang perlu dihormati rakan sekutu parti itu sebagaimana dipersetujui dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketika menegaskan perkara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyangkal kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali bahawa majlis tersebut memutuskan untuk menolak pelaksanaan hudud.

“Tidak pernah dibincang dari segi itu (menolak hudud), yang dibincang adalah hudud merupakan hak Pas.

“Malah, kita telah membuat kenyataan bersama bahawa hudud adalah hak Pas yang perlu dihormati kerana ini merupakan agenda kita sebelum wujud Pakatan Rakyat.

“Tidak timbul sama sekali Pas membelakangi DAP dan PKR,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Mengumpul Dana Wisma Ilmuwan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi sedia mengadakan muzakarah dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menerangkan secara terperinci pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan perkara tersebut, sebaliknya meminta UMNO turut memainkan peranan aktif bagi merealisasikan muzakarah tersebut.

UTAMAPOLITIKHudud: DAP, PKR perlu hormat hak Pas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium