HUKUMAN MATI MENANTI PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH

20170109-thailand-hukum-mati-rasuah
BANGKOK: Kerajaan Thailand bakal melaksanakan hukuman mati ke atas penjawat awam yang didapati terlibat dalam kegiatan rasuah sekiranya usul berkaitan undang-undang baharu itu diluluskan.

Berdasarkan usul berkenaan yang telah dibentangkan dalam mesyuarat Persidangan Memacu Pembaharuan Negara (NRSA), penjawat awam yang didapati bersalah dengan kes rasuah melebihi 1 bilion baht (RM125 juta), akan dikenakan hukuman gantung.

Usaha NRSA yang dipengerusikan oleh Seree Suwanpanont, merupakan sebahagian daripada laporan pelaksananaan peraturan dan penelitian terhadap kerajaan dalam menggunakan kuasa mereka.

NRSA juga mempertimbangkan usul untuk pelarasan dalam pengambilan pesuruhjaya agensi bebas.

Selain mengkaji tindakan tegas terhadap ahli politik, jawatankuasa tersebut juga mahu penjawat awam dikenakan tindakan sama jika melibatkan kes rasuah.

Di bawah usul berkenaan, kes rasuah yang melibatkan jumlah 1 juta hingga 10 juta baht (RM1.25 juta) dan 10 juta hingga 100 juta baht (RM12.5) perlu dikenakan hukuman 10 dan 20 tahun penjara bagi setiap kesalahan.

Manakala pihak yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan sejingga 100 juta baht sehingga 1 bilion baht (RM125 juta) perlu dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Jawatankuasa terbabit juga mencadangkan jika laporan NRSA kemukakan, usul itu perlu diserahkan kepada Kabit, Sidang Parlimen Negara dan Suruhanjaya Pindaan Perlembagaan untuk tindakan lanjut.

28
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Razak Berjaya
Guest

Kat negara cina perasuah di hukum mati

Sarjana Marjuni Marjuni
Guest

Patut malaysia guna udang2 tersebut saperti negeri Cina 0

Muhd Harmizie
Guest

klu buat kt msia msti pmbngkn xskong kn..

Nixam Ghani
Guest

Brilliant!

Johnson Maarcus
Guest

Saya sokong 100%

Daniel Mikael
Guest

Malaysia nak buat camni?? Menteri mana yg berani usul dalam parlimen???

Hyman Eli Boaz
Guest

bagus la buat kat sini,teruk sangat bilion2 dah lesap

Able Buddy
Guest

Kalau la buat kat Malaysia.. Kosong pa putrajaay

Jamain Mohammad
Guest

dan juga yg buat fitnah

Hamidah Mohd
Guest

kadang2 kita tgk orang kafir negara lain lebih islamik dari negara Malaysia yg agama rasmi agama Islam. Rasuah no 2 dalam dunia. Zaman Tun org… Read more »

Nan Green
Guest

Tun dan umno
2×4
4×2