Husam Tidak Puas Hati Timbalan MB Kelantan Guna Media Perdana Menjelaskan Penggugurannya - pakdin.my

 

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menggunakan media perdana bagi menjelaskan isu penggugurannya sebagai Exco kanan kerajaan negeri
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menggunakan media perdana bagi menjelaskan isu penggugurannya sebagai Exco kanan kerajaan negeri

Di Kelantan, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menggunakan media perdana bagi menjelaskan isu penggugurannya sebagai Exco kanan kerajaan negeri itu.

Beliau yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Mohd Amar itu mengarahkan jurukamera TV3 Kelantan menghentikan rakaman dalam satu ceramah yang diadakan malam semalam.

DATUK HUSAM MUSA / NAIB PRESIDEN PAS
“Tetapi sebentar tadi teman saya Nik Amar keluar tv tadi,pada pendapat saya tak suka gunakan TV3 sebagai saluran,malam ini pun TV3 bercadang nak ambil rakaman ceramah kita malam ini. Saya mintak petugas-petugas nasihatkan TV3 supaya tidak merakam secara langsung kerana pada pendapat saya semua media ini adalah media hantu”.

Petugas di ceramah berkenaan kemudian cuba merampas telefon bimbit yang merakam ceramah berkenaan sambil meminta semua visual dipadamkan, namun tidak dilayan.

Datuk Husam yang digugurkan daripada senarai Exco kerajaan negeri, pada 8 Mei lalu melahirkan rasa kecewa kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Menteri Besar baharu dan kerajaan baharu.

Beliau turut mendakwa tidak ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan PAS Negeri untuk memutuskan perkara terbabit.

Bagaimanapun semalam Datuk Mohd Amar yang bercakap kepada semua media menafikan kenyataan Husam, sebaliknya menjelaskan mesyuarat diadakan pada 6 Mei lalu di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan tanpa kehadiran Datuk Husam.

Dalam mesyuarat itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Datuk Ahmad Yakob menjadi Menteri Besar manakala terpulang kepada beliau melantik pasukan Exco yang boleh bekerja dengannya.

UTAMAPILIHAN RAYAHusam Tidak Puas Hati Timbalan MB Kelantan Guna Media Perdana Menjelaskan Penggugurannya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium