IBARAT AYAM JANTAN YANG BERKOKOK BERDERAI2 TAPI EKOR BERGELUMANG DENGAN NAJIS! - pakdin.my

mahathir-hipokrit

Tun berkata amalan rasuah di negara ini kian bertambah dan undang-undang berkaitan dengannya kurang licin tidak seperti zamannya. Aduh, enak dan sedap sekali bicaranya.

Sayang beliau tidak mengemukakan bukti atau fakta ‘kegiatan’ rasuah serta tangkapan dan hukuman di sepanjang tempoh beliau menjadi perdana menteri, 1981 hingga 2003.

Logiknya kerana Tun lama berkhidmat sebagai perdana menteri berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib yang masing2 baru 6 tahun tentulah era beliau lebih banyak kejadian rasuah berbanding dengan zaman Abdullah dan Najib.

Di zaman Abdullah juga berlaku pindaan akta BPR menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimana suruhjaya itu diwujudkan untuk memberi kesan pencegahan lebih efektif lagi.

Najib baru menjadi perdana menteri 6 tahun, logiknya tentulah kes-kes rasuah di zaman Najib berkurangan berbanding dengan Tun M. Apakah Tun membuat perbandingan itu dari jumlah nilai rasuah seperti mana didedahkan pembangkang mengenai pembelian peralatan senjata (kapal selam, kereta kebal dan sebagainya) untuk negara dan sebagainya?

Dakwaan Tun itu harus dikemukakan bukti dan juga data-data yang jelas bagi menyakinkan orang ramai dan bukan berilusi semata-mata.
Mengenai kelicinan undang-undang berkenaan dizamannya ia boleh dipertikaikan, begitu juga dengan hukuman. Ada beberapa kes yang sudah menjadi lagenda seperti kes membabitkan Rafidah Aziz, mendiang Eric Chia Perwaja atau pun kes membabitkan Rahim Noor dan peguam negara Ghani Petail yang masih diperkatakan sampai sekarang ini.

Apakah Tun M lupa kejadian atau kegiatan mega itu semuanya berlaku pada zamannya?

Dan apakah Tun fikir rakyat lupa bahawa pada 12 Jun 2000 sewaktu Tun masih jadi perdana menteri, namanya disebut dalam keterangan bersumpah bekas Ketua Pengarah BPR berhubung salahlaku rasuah dan penyelewengan kuasa?

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin 12 Jun dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Ketua Pengarah BPR, Shafie Yahya telah memberitahu bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkannya supaya memberhentikan penyiasatan ke atas bekas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Ali Abul Hassan Sulaiman.

Apa masalah Ali Abul Hassan ini? Semua orang ingat dia adalah bekas Gabenor Bank Negara sebelum Dr Zeti Akhtar Aziz ambil alih. Ali Abul Hassan telah Mahathir lantik sebagai Gabenor Bank Negara selepas Ahmad Mohamad Dom meletak jawatan kerana ditekan bertubi-tubi oleh Mahathir. Ahmad Mohamad Dom meletak jawatan beberapa hari sebelum Anwar dipecat dari Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Mahathir yang kononnya kuat melawan rasuah politik wang dalam Umno telah melantik Ali Abul Hassan yang BPR “suspect” ada melakukan rasuah. Bukan sembarangan jawatan tetapi Gabenor Bank Negara yang jaga wang. Betul-betul kes “tikus menjaga labu”. Pelik dan “double standard” betul Perdana Menteri kita ini. Kenapa sangat dia sayang pada Ali Abul Hassan sehingga jadi Gabenor Bank Pusat Malaysia? Mudah sahaja logik di sebaliknya. Orang yang bermasalah terutama dalam kes rasuah senang dipulas Mahathir. Jadi taat setianya kepada Perdana Menteri akan lebih 100%. Tetapi apa salahnya si Ali Abul Hassan ini?

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas Ketua Pengarah BPR itu memberitahu. Dia bercakap benar tentunya. Sebab bercakap di mahkamah di bawah sumpah. Kata bekas ketua BPR itu, apabila pegawai-pegawai BPR serbu pejabat Ali Abul Hassan di EPU, didapati duit tunai dalam jumlah yang banyak berada di dalam laci Ketua Pengarah EPU itu. Kenapa BPR serbu pejabat Ali Abul Hassan? Sebab BPR terima aduan bahawa Ali Abul Hassan itu berbuat rasuah.

Bila serbu betul rupanya. Ada banyak duit tunai dalam laci. Biasanya pegawai-pegawai tinggi bawa kad kredit. Kecuali bekas Menteri Besar Selangor yang bawa duit berkilo-kilo dalam beg! Mungkin Ali Abul Hassan jenis semacam ini. Tetapi dari mana duit itu datang? Ali Abul Hassan sampai sekarang tak jelaskan. Sekurang-kurang Ketua Hakim Negara ada simpan tiket kapalterbang dan resit-resit kad kreditnya. Hancur negara kita ini. Bekas Ketua Pengarah EPU diragui rasuah. Ketua Hakim Negara pun lebih kurang macam itu juga.

Sepatutnya Mahathir yang “kununnya” hendak bersihkan politik wang dalam Umno, mesti beri tahniah kepada Shafie Yahya kerana dia telah arahkan pegawai BPR serbu pejabat Ketua Pengarah EPU itu. Malangnya, sebaliknya pula yang terjadi. Mahathir telah telefon Shafie Yahya. Ini Shafie cerita dalam mahkamah. Akhbar Berita Harian misalnya tak ceritakan kepada rakyat. Shafie Yahya telah memberitahu mahkamah bahawa menerusi telefon Mahathir berkata kepadanya: “Berani kamu serbu pejabat pegawai tinggi saya?” sergah Mahathir kepada Shafie.

Shafie Yahya mungkin bercakap benar tentang hal ini. Mungkin juga berbohong. Siapa tahu. Jadi relevan sekali Mahathir dipanggil sebagai saksi. Sekurang-kurangnya Mahathir boleh jawab sama ada apa yang diceritakan oleh bekas Ketua Pengarah BPR ini benar.

Tun bukan sahaja bapa pembangunan Malaysia tapi pada masa yang sama Tun jugalah BAPAK HIPOKRASI MALAYSIA!!!!

UTAMAPOLITIKIBARAT AYAM JANTAN YANG BERKOKOK BERDERAI2 TAPI EKOR BERGELUMANG DENGAN NAJIS!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium