1MDB ulas laporan dibuat Khairuddin-Matthias di Eropah

Ia menyatakan syarikat itu setakat ini belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa Swiss tentang perkara itu, dan menegaskan bahawa “kami tetap komited untuk memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana pihak berkuasa yang sah yang sedang menyiasat 1MDB”

1mdb-swiss-mathias

1Malaysia Development Bhd (1MDB) nampaknya tidak goyang dengan langkah dua orang kuat Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang buat laporan pasal 1MDB kepada pihak berkuasa di Switzerland, Peranchis dan United Kingdom.

Dalam satu kenyataan Ahad, 1MDB kata ia sedia membantu mana-mana badan yang sah, termasuk pihak berkuasa Swiss, dalam menjalankan sebarang siasatan.

“Bagaimanapun, ini tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa Malaysia yang sewajarnya,” katanya.

1MDB mengulas laporan bahawa Pejabat Peguam Negara Switzerland telah membuka siasatan berkaitan dengan syarikat itu.

Ia menyatakan syarikat itu setakat ini belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa Swiss tentang perkara itu, dan menegaskan bahawa “kami tetap komited untuk memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana pihak berkuasa yang sah yang sedang menyiasat 1MDB”.

Khairuddin dan Matthias telah terbang ke Eropah untuk tujuan berkenaan.

Khairuddin memaklumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya Sabtu bahawa laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan pengubahan wang haram yang melibatkan syarikat tersebut.

Leave a Reply