IMF: GST lonjak ekonomi Arab Saudi

Ketika Malaysia ‘kembali ke belakang’ dengan mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Jun ini, ekonomi Arab Saudi pula berkembang positif hasil sistem percukaian itu.

Akhbar berpengaruh tempatan, Arab News pada 24 Mei lalu melaporkan bahawa pelaksanaan cukai nilai tambah (VAT) ala GST dengan kadar 5 peratus mulai 1 Januari lepas mula memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Cukai kepenggunaan itu yang turut dilaksanakan di 160 buah negara kerana telus dan gagal ditiriskan peniaga tidak jujur, malahan menyelamatkan ekonomi Arab Saudi daripada hanya bergantung pendapatan kepada sumber minyak.

Perkara itu bahkan disahkan pasukan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) diketuai Tim Callen dalam pertemuan dengan para pegawai Arab Saudi di Riyadh baru-baru ini yang terkejut dengan data pertumbuhan ekonomi negara itu.

Hasil perjumpaan tersebut, Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Abdullah Al-Jadaan mengakui yang negara terbesar Asia Barat itu kini berada di landasan tepat pemulihan ekonomi sejajar pelan tranformasi Wawasan 2030.

Pada masa sama, visi belanjawan 2018 kerajaan Arab Saudi juga merancang untuk menghapuskan segala subsidi secara bertahap-tahap bagi pelbagai produk tenaga agar ekonominya tidak lagi bergantung kepada sumber minyak.

Pengeksport petroleum terbesar di dunia itu bertindak menaikkan harga jualan runcit minyak sekitar seganda awal tahun ini sebagai antara inisiatif reformasi kebangsaan yang bertujuan untuk merencamkan sumber hasil ekonomi.

IMF dalam nota laporannya memaklumkan, pengenalan VAT di Arab Saudi, yang sebenarnya dipelajari daripada kisah kejayaan pengalaman GST di Malaysia sendiri, kini mengukuhkan budaya pengurusan percukaian lebih cekap.

Awal bulan ini, Kementerian Kewangan Arab Saudi menerbitkan laporan fiskal kewangan suku pertama 2018 yang menunjukkan pendapatan negara cecah 166 bilion riyal (RM176 bilion) naik 15 peratus berbanding rekod tahun lalu.

Sumber perolehan bukan minyak bahkan melonjak sebanyak 63 peratus kepada 52 bilion riyal (RM55 bilion) yang disumbangkan daripada pelaksanaan VAT, manakala sumber pendapatan daripada minyak hanya naik 2 peratus.

IMF mengunjurkan ekonomi Arab Saudi boleh meningkat sehingga 1.7 peratus pada tahun ini selepas berada dalam angka negatif sepanjang tahun lalu, sekali gus mampu mencapai kepada bajet seimbang menjelang tahun 2023.

Limpahan ekonomi turut dijana pelbagai projek prasarana skala mega yang berimpak tinggi termasuk pembesaran terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah bernilai 7.2 bilion riyal (RM7.6 bilion).

Pelaksanaan VAT di Arab Saudi yang mengambil ideanya dari model Malaysia; turut menyebabkan jirannya iaitu Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Oman dan Qatar mengikut jejak yang sama.

http://pakdin.my/tag/gst/
http://pakdin.my/tag/saudi-arabia

13
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Buyung Tembaga
Guest

Uneducated Anak Muda… 6% LEBIH BESAR dari 10%. SST itu untuk servis seperti peguam dan makan di restoran. Aku geleng kepala membacanya… Dia hanya nampak… Read more »

Amir Hakimi
Guest

Kalau buat cgt lagi melonjak rasanya

Noreda Nored
Guest

sayang seribu kali sayang…hasrat DSNajib nak memajukan negara Msia terhenti dek kestupidan rakyat Msia yg memilih PHitnah utk memerintah Msia…idiots choose idiots…

Muhammad Nazri Zainal
Guest

SST lagi bnyk pendatan negara berbanding GST..SST kita rakyat yg kene bayar dlm diam..x dek dlm resit pon..GST krjaan dpt ambik 18%..dri sesuatu brg dri… Read more »

Ibraheem Zulkilflee
Guest

Biat betul.. Negara Arab pun guna GST.. Jepun guna GST x..

EricMicheal Yoong
Guest

Pm4 bapa pemodenan. Pm7 bapa kemunduran.

John Rocky
Guest

Kita ada cukai baru min.. namanya cukai tin milo..menderma sambil mkn megi..kah3 derma laju jaa hutang ptptn xnk byr.

Muhammad Amir Mohd Arshad
Guest

lagi bagus buat sistem komunis semua dapat sama rata….. langsat tul

Rahmah Jaafar
Guest

Pelaksanaan dan kutipan gst di malaysia telah banyak dirasai oleh rakyat malaysia spt pemberian brim, elaun elaun kpd pekebun getah, nelayan, elaun dan bonus kpd… Read more »

Yop Yop
Guest

Madey nak suruh rakyat duduk dlm Gua..skrg…tak suka kemajuan.. Mahathir Bapa Kemunduran …

Sheikh Ahmad
Guest

gua pn dah d maju kn utk placongan
mna ada gua lg rakyat nk dok.