INNALILLAHI WAINNALILLAHI ROJIUN: KETUA MENTERI SARAWAK, ADENAN SATEM MENINGGAL DUNIA - pakdin.my

KUCHING: Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kuching, kira-kira jam 1.20 tengah hari ini.

Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Adenan yang dilahirkan pada 1944 sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-73 pada 27 Januari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahkan kematian Adenan dan berkata beliau akan mendapatkan lebih banyak butiran mengenainya daripada pejabat ketua menteri.

Adenan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak ke-5 pada 7 Mei lalu, sejurus mengetuai Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 dengan kemenangan dua pertiga atau 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Adenan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu dengan majoriti 5,892 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan yang sekadar meraih 648 undi.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu mengambil alih jawatan ketua menteri daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac 2014.

Adenan yang dilahirkan di Kuching, meninggalkan seorang balu, Puan Sri Jamilah Anu dan 5 anak.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah St Joseph sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph.

Beliau pernah bekerja sebagi wartawan dan guru sebelum meneruskan pengajian dalam bidang perundangan di Universiti Adelaide, Australia.

Sebaik menamatkan pengajian pada 1970, Adenan dilantik sebagai majistret pada 1971 hingga 1972, sebelum menjadi penolong setiausaha kepada menteri perusahaan utama dari 1972 hingga 1974.

Al-Fatihah.

 
Al-Fatihah.
20170111-adenan-satem-meninggal-dunia

UTAMABERITAINNALILLAHI WAINNALILLAHI ROJIUN: KETUA MENTERI SARAWAK, ADENAN SATEM MENINGGAL DUNIA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium