Insentif kurangkan beban rakyat dalam Bajet 2015 - pakdin.my

wpid-bajet-2015.jpg

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek membayangkan terdapat pelbagai mekanisme bagi mengurangkan beban rakyat yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 minggu depan.

Beliau berkata, ia termasuk peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi harga rumah dan insentif percukaian lain.

“Kerajaan jamin dalam kenaikan harga minyak, beban rakyat diambil kira. Jadi kita minta rakyat bersabar dan melihat kenaikan ini secara positif. Selain itu, tunggu pembentangan Bajet kerana perdana menteri akan umum beberapa langkah untuk kurangkan beban rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek di sini.

Beliau diminta mengulas pengumuman pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi yang menjadikan harga runcit baharu untuk petrol RON95 RM2.30 seliter dan harga diesel RM2.20 seliter.

Dalam pada itu, katanya, kementerian akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan 24 jam bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya berikutan pengurangan subsidi minyak.

Beliau menegaskan kerajaan juga tidak akan bertolak ansur untuk menghukum mana-mana peniaga terbabit sama ada rakyat tempatan atau luar negara.

Ditanya rasional disebalik pengumuman pengurangan subsidi, Hasan berkata, kadar kenaikan adalah minimum dan keputusan itu telah lama dibuat perdana menteri.

“Kita mahu mengurangkan ketirisan dan penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab. Bukan niat kita untuk membebankan rakyat sebaliknya mengukuhkan kewangan negara supaya akhirnya pada 2020 kita berjaya mengurangkan defisit negara ke tahap sifar,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pengurangan subsidi bahan bakar itu membantu kerajaan berjimat dengan lebih banyak dan dapat menyalurkan wang untuk mengadakan program dan infrastruktur lain untuk kebajikan rakyat.

UTAMAEKONOMIInsentif kurangkan beban rakyat dalam Bajet 2015

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium