Insiden Penerbangan Malaysia MH128 Melbourne – Kuala Lumpur Berpatah Balik: Bukan bom tapi powerbank – Aziz Kaprawi - pakdin.my

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata pesawat Malaysia Airlines MH128 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas penumpang yang menimbulkan kekecohan mendakwa membawa bom.

“Ia bukan cubaan merampas. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat. Hanya penumpang mabuk cuba cetus kekecohan.

“Penumpang itu, rakyat Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Tetapi ia bukan bom, hanya powerbank,” katanya kepada AFP.

Abddul Aziz berkata, penumpang terbabit kemudian ditahan oleh pihak berkuasa Australia.

“Semua penumpang selamat, ” katanya.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam kenyataan lewat malam tadi, menafikan pesawat berkenaan dirampas.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia Airlines dan pihak berkuasa Australia akan menyiasat kejadian itu.

“Keselamatan menjadi keutamaan kami. Pihak kami memohon maaf di atas kejadian itu.

“Penumpang terbabit akan ditempatkan di hotel. Mereka akan ditawarkan tempat untuk penerbangan seterusnya atau pesawat syarikat lain, ” katanya.

UTAMAInsiden Penerbangan Malaysia MH128 Melbourne - Kuala Lumpur Berpatah Balik: Bukan bom...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium