IPIC tak satukan akaun dgn Aabar, tapi WSJ SPIN tuduh 1MDB tak bayar - pakdin.my

wsj-uae-

Syarikat UAE International Petroleum Investment Company (IPIC) dilaporkan tidak menerima bayaran cagaran AS$1.4 bilion yang dijanjikan oleh 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Dana itu dikatakan sebahagian daripada rundingan 2012, iaitu IPIC dijamin AS$3.5 bilion dalam bentuk bon 1MDB, sebagai tukaran kepada pegangan 49 peratus dalam aset tenaga dan bayaran cagaran.

Draf laporan ketua audit negara berkaitan akaun 1MDB dilapor menunjukkan bayaran cagaran dibuat kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS, penyata kewangan yang disatukan IPIC sendiri tidak mempunyai resit pembayaran.

Akhbar kewangan Amerika Syarikat (AS) itu berkata perkara itu disahkan oleh dua sumber berasingan.

Menurut WSJ, jurucakap UAE Ibrahim Al Abed dan dutanya ke Amerika Syarikat enggan mengulas isu bayaran cagaran itu.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO), IPIC dan Aabar setakat ini belum menjawab soalan WSJ.

WSJ juga melaporkan pasukan baru IPIC kini sedang menyiasat tindakan dan hubungan pengurus-pengurus sebelum ini dan 1MDB.

Malaysiakini juga telah menghubungi PMO, 1MDN dan IPIC dan sedang menunggu reaksi mereka.

Ulasan

Hai … apa punya bebal punya cerita la WSJ dan Mkini.

WSJ sendiri dah sebut 1mdb bayar kepada Aabar, anak syarikat IPIC. Tapi mereka tuduh pula IPIC tak terima atas sebab IPIC tak consolidate account dengsn anak syarikatnya.

Apa punya wartawan la ni … patutnya WSJ perolehi respons dari IPIC dan Aabar sebelum tulis laporan ini.

Isunya adalah kenapa IPIC tak consolidate bayaran yang dibuat ke anak syarikat. Tapi kenapa pulak salahkan 1MDB?

Bayaran 1mdb sidah ternyata dalam lapoean ketua audit. Nampaknya WSJ yang tak odit laporan sebelum laporkan.

Dah mcm akhbar murah dan sensationalist tentang gossip artis pula pulak????

UTAMAEDITORIAL1MDBIPIC tak satukan akaun dgn Aabar, tapi WSJ SPIN tuduh 1MDB tak...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium