Isa Samad Ditahan SPRM Selepas Beri Keterangan

Bekas Pengerusi Felda Global Ventures, Tan Sri Mohd Isa Samad ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi bagi membantu siasatan kes pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporations (FIC).

Beliau terlebih dahulu hadir ke ibu pejabat SPRM pada jam 2.40 petang tadi untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

“Kami yakin mempunyai asas kukuh membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tesebut,” menurut Pengarah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki.

Katanya, penahanan itu adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang sudah dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel berkenaan sebelum ini.

Terdahulu Isa tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 2.40 petang Selasa.

Beliau merupakan antara individu yang dipanggil SPRM berhubung pembelian hotel oleh FIC di London dan Kuching.

Sebelum ini, bekas pembantu khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil direman berhubung kes berkenaan.

SPRM turut memanggil bekas dan pengarah semasa FIC termasuk peguam bagi membantu siasatan.

FIC dikatakan membeli sebuah hotel di Kengsington, London pada harga yang tinggi, RM330 juta sedangkan nilai sebenar dikatakan berharga RM110 juta.

Pembelian sebuah hotel di Kuching pada nilai RM160 juta turut dikatakan bernilai lebih RM50 juta daripada nilai sebenar.

Semalam Isa melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi FIC.

22
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Hamzah Mataris
Guest

Tak macam Dap bila ahli nya ditangkap rasuah tak mengaku..bawa penyokong ke jalanraya..rasuah tetap rasuah tak pilih bulu..tapi Dap nampaknya pilih bulu ..orzmg senfiri buat… Read more »

Jasni Jaafar
Guest

Tapi tak ada pula org UMNO berdemo bersolidarity macam DAPig laknattullah ..

Ariffin Dom
Guest

Sandiwara bernula.

Ariffin Dom
Guest

Sandiwara bernula.

Roslan Ros
Guest

takut wayang opera je ! mcm kes air kt Sabah tu.

Roslan Ros
Guest

takut wayang opera je ! mcm kes air kt Sabah tu.

Remy Antonio Sebastian
Guest

Semoga ditahan terussss

Remy Antonio Sebastian
Guest

Semoga ditahan terussss

Mej Tot
Guest

Dah kaya raya masih tak cukup lagi simpanlah harta dan wang ringgit tu sebagai bahan bukti di mahkamah akhirat nanti

Mej Tot
Guest

Dah kaya raya masih tak cukup lagi simpanlah harta dan wang ringgit tu sebagai bahan bukti di mahkamah akhirat nanti