Ismail Mohamed nafi keluar UMNO sertai parti cap bunga - pakdin.my

MUAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed menafikan akan keluar daripada UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti mana yang viral di laman Facebook (FB), hari ini.

Ismail ketika dihubungi berkata, ia tidak benar sama sekali dan menganggapnya sebagai tindakan terdesak pihak tertentu selepas parti baru yang ditubuhkan itu gagal mendapat sokongan penduduk Pagoh.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri menegaskan masih menjadi ahli UMNO dan memangku Ketua Bahagian Pagoh serta menasihatkan orang ramai supaya jangan menggunakan taktik kotor untuk mencari pengaruh.

“Saya akan terus berkhidmat kepada penduduk Pagoh dan Bukit Serampang kerana dipilih menjadi ADUN mereka. Alhamdulillah, semua jentera turut turun ke akar umbi untuk meninjau masalah dan membantu penduduk,” katanya.

Hari ini, seorang pengguna FB memuat naik status ‘ADUN Bukit Serampang akan keluar UMNO juga dan bakal dilantik sebagai Pergerusi PPBM Johor?’ hingga menimbulkan perasaan kurang senang penduduk Pagoh terutamanya ADUN berkenaan.

UTAMAPOLITIKIsmail Mohamed nafi keluar UMNO sertai parti cap bunga

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium