Istana Selangor nasihat Anwar tidak buat kenyataan tanpa fakta - pakdin.my

anwar-istana-selangor

Istana Selangor hari ini menafikan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah jadi amalan sejak 1957 hanya satu nama calon Menteri Besar dihantar kepada Sultan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi kenyataan oleh Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani menyifatkan kenyataan Ketua Umum PKR itu sebagai tidak tepat dan mengelirukan.

Menurut beliau, ketiks pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor, Perdana Menteri akan menyembahkan beberapa nama yang difikirkan layak untuk mendapat perkenan Sultan.

“Daripada senarai tersebut, Sultan Selangor akan memilih hanya satu orang calon untuk dilantik sebagai menteri besar,” kata kenyataan tersebut.

Manakala pada 2008, Sultan Selangor menitahkan PKR,DAP dan PAS yang menang berbincang dan mengemukakan cadangan untuk memilih menteri besar.

Baginda melalui Mohamad Munir kemudian meminta ketua-ketua parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan dua nama dan PR sebulat suara mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor dilantik sebagai menteri besar kerana memenuhi dan menepati kreteria yang diperuntukkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada 2013, Sultan Selangor menitahkan PR mencadangkan empat nama calon menteri besar kerana Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika kempen PRU 1 menyatakan, Khalid tidak semestinya kekal sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, ketua-ketua parti dalam PR menulis surat kepada Sultan Selangor mengesyorkan Khalid kekal dengan jawatan tersebut.

Walaupun, baginda menerima beberapa nama lain tetapi memandangkan Khalid adalah penyandang jawatan dan mempunyai hubungan baik dengan Istana serta rakyat Selangor, baginda memperkenankan Khalid dikekalkan.

Menurut Mohamad Munir, adalah menjadi polisi istana tidak mendedahkan nama-nama dan maklumat mengenai calon yang telah dikemukakan serta proses pemilihan menteri besar.

“Tetapi oleh kerana keadaan memaksa untuk pihak istana mengeluarkan kenyataan, maka perkara ini perlu dijelaskan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Anwar dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor jika tidak mempunyai fakta yang tepat. –

UTAMAPOLITIKIstana Selangor nasihat Anwar tidak buat kenyataan tanpa fakta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium