Isteri Muda 17 Tahun Maut Dipukul Suami, Suami Direman 7 Hari

Isteri Muda 17 Tahun Maut Dipukul Suami

Nor Fatimah Anis Md Radzi maut dipukul suamiSeorang isteri muda yang baru berusia 17 tahun, yang baru berkahwin empat bulan lalu, maut dipercayai dipukul suaminya.

Kejadian disyaki bermotifkan cemburu itu berlaku di rumah mentua mangsa, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Zakaria Ahmad, kejadian berlaku di Kampung Alor Gelegah, Alor Setar, Kedah, kira-kira jam 2:15 pagi.

Mangsa Nor Fatimah Anis Md Radzi, yang juga seorang pembantu kedai sebelum itu dikatakan bertengkar dengan suaminya.

Mereka kemudian meninggalkan rumah menaiki motosikal dan pulang kira-kira 20 minit kemudian diikuti seorang lelaki menaiki sebuah motosikal berasingan.

Sebaik tiba di rumah mentua mangsa, si suami dan lelaki berkenaan dikatakan bergaduh.

Anis kemudian dipukul dengan objek tumpul menyebabkan dia cedera.

Seorang jiran mendakwa terdengar pasangan suami isteri itu bergaduh selain mangsa mengerang kesakitan.

Mayat Anis ditemui ahli keluarga suaminya jam 6:30 pagi.

Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan tiga lelaki termasuk suami mangsa.

Isteri Ditemui Mati, Suami Direman 7 Hari

Susulan kematian seorang isteri muda berusia 17 tahun yang mati akibat hentakan di kepala.

Mahkamah hari ini membenarkan suspek yang juga suami mangsa bersama dua rakannya direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kota Setar, DSP V. Saravanan, suspek berusia 20an itu akan direman sehingga 4 Januari depan.

Kejadian dipercayai bermotifkan cemburu dan polis masih menyiasat kes berkenaan dengan terperinci.

Semakan mendapati suami mangsa mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan curi motosikal.

Dua lagi suspek adalah rakannya yang bekerja sebagai mekanik.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, Nor Fatimah Anis Md Radzi ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah, Alor Setar.

Mangsa yang baru empat bulan berkahwin, maut akibat dihentak dengan objek tumpul di kepalanya.

Comments (No)