Isu air: ADUN PR gasak MB sendiri di DUN Selangor - pakdin.my

Khalid_Ibrahim Terlelap Ketika Sidang Media

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Khamis, diasak bertalu-talu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Selangor sewaktu usul menangguhkan pembinaan Empangan Langat 2 dibentangkan oleh ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San.

ADUN DAP Damannsara Utama, Yeo Bee Yin, ADUN PKR Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Lau sendiri seorang demi seorang menghamburkan soalan kepada Khalid sewaktu membahaskan usul itu.

Azmin meminta Khalid menjelaskan klausa berkaitan pembinaan Langat 2 dalam Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan air yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini yang menurutnya tidak boleh dihapuskan dan mengikat kerajaan Selangor dari segi undang-undang.

Manakala Yeo sewaktu mencelah ucapan Khalid menyifatkan rundingan penstrukturan air dengan pusat dan pembinaan empangan Langat 2 ibarat berlangsung di dalam ‘kotak hitam’.

“Rundingan ini ibarat berlaku di dalam kotak hitam…” kata Yeo yang tidak sempat menghabiskan kenyataannya kerana dipotong Khalid.

Khalid sewaktu memotong celahan Yeo menegaskan, beliau bertanggungjawab membuat keputusan ketika rundingan dan bukan hanya orang tengah dalam perbincangan dengan kerajaan Pusat.

MB-sidang-DUN Sngor“Saya bertanggungjawab” jelas Khalid, mengatakan bahawa beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat dengan kerajaan Persekutuan, mendapatkan butir perbincangan dan membawanya kembali ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diputuskan.

Jelas beliau lagi, peranan sama dimainkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili yang diberikan kepercayaan oleh kabinet untuk merundingkan perkara itu.

“Rekod lampau saya dalam pelaburan, perolehan (syarikat), dan penggabungan saya rasa boleh membantu perbincangan ini. Saya tak boleh jadi orang perantara, (dan kemudian) nanti saya balik ke dewan (untuk berbincang).

“Kabinet pun memberi kuasa kepada menteri untuk membuat perjanjian. Saya akan bertanggungjawab dengan menteri untuk berhadapan dengan anda semua, dan menteri akan bertanggungjawab dengan saya untuk berhadapan dengan kabinet,” katanya.

Yeo kemudian cuba mencelah lagi, dengan menggunakan ungkapan “with due respect” (dengan penuh hormat), namun dibidas serta merta oleh Khalid yang menganggap celahan itu membawa maksud berbeza.

“Anda sebenarnya tiada rasa hormat apabila menggunakan istilah ‘dengan penuh rasa hormat’,” bidas Khalid.

Menjawab soalan Azmin pula, Khalid menegaskan bahawa pembinaan Langat 2 masih perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri walaupun ia tidak tertulis dalam MoU itu.

“Itu sebab selepas tandatangan MOU itu berlaku, kerajaan Persekutuan buat susulan dengan kerajaan negeri supaya bersama-sama buat perjanjian dinamakan Heads of Agreement.

“Dia minta kerajaan negeri berikan kelulusan supaya ada kelulusan ambil tanah untuk Langat 2…bererti kerajaan Persekutuan memahami untuk menyiapkan Langat 2 perlu dapat kelulusan kerajaan negeri yang tak tertulis dalam MoU,” Khalid menegaskan.

Sementara, Lau pula meminta Khalid menjelaskan persediaan kerajaan PR negeri sekiranya syarikat konsesi air mencabar Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) di mahkamah.

Menjawab soalan Lau Khalid menerangkan yang pihaknya sedang bekerjasama dengan kerajaan Pusat untuk memastikan syarikat konsesi menerima tawaran pengambil alihan syarikat mereka.

Sidang DUN Selangor disiarkan secara langsung di beberapa portal berita pro-pembangkang di laman internet

UTAMAPOLITIKIsu air: ADUN PR gasak MB sendiri di DUN Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium