Isu Kalimah Allah Di Selangor: Jangan Salahkan Kerajaan Persekutuan – Jamil Khir - pakdin.my

sultan-JAIS

Semua pihak diingat agar tidak menuding jari menyalahkan kerajaan Persekutuan berhubung isu penguatkuasaan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Selangor, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata segala penguatkuasaan serta tindakan berkaitan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, dan kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.

“Saya harap mereka yang cuba tuduh macam-macam kepada kerajaan (Persekutuan)mengenai isu kalimah Allah di Selangor, kena faham betul-betul… untuk tujuan ambil tindakan undang-undang syariah, peringkat negeri punya kuasa, seperti ajaran sesat atau syiah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Muamalah Islam di Masjid Al-Azim Isnin.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah serta Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sehubungan itu, Jamil Khir meminta semua pihak menghentikan tohmahan yang mengatakan kerajaan Persekutuan cuba memainkan isu kalimah Allah di Selangor untuk kepentingan politik.

“Memperguna isu untuk salahkan orang lain bukan pegangan dan ajaran Islam sebenar, sebagai orang Islam, sepatutnya kita bersama bukan saling menyalahi antara satu sama lain,” katanya sambil menambah umat Islam di negara ini, tanpa mengira fahaman politik, perlu bersatu menghadapi musuh yang mengancam kesucian Islam itu sendiri.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAIsu Kalimah Allah Di Selangor: Jangan Salahkan Kerajaan Persekutuan - Jamil Khir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium