JACK MA, ALIBABA BENTANG PELAN E-DAGANG UNTUK AS KEPADA TRUMP

NEW YORK: Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma, semalam bertemu Presiden dilantik, Donald Trump, dan membentangkan pelan baharu syarikat e-dagang China itu untuk membawa sejuta perniagaan kecil Amerika Syarikat (AS) ke platform perniagaan dalam taliannya.

Jurucakap Alibaba berkata, usaha itu bagi membolehkan produk perniagaan kecil AS dijual kepada pengguna China dan Asia.

“Alibaba Group Holding Ltd menjangka inisiatif itu akan mewujudkan sejuta pekerjaan di AS apabila setiap syarikat menambah jawatan,” kata jurucakap syarikat, Bob Christie menerusi satu panggilan telefon.

Trump dan Ma muncul dari pertemuan mereka di Trump Tower, New York bersama-sama.

Bakal Presiden itu memberitahu pemberita mereka selesai mengadakan mesyuarat yang hebat dan akan melakukan perkara hebat bersama-sama.

Ma menyifatkan Trump “pintar” dan “berfikiran terbuka.”

Beliau berkata, kedua-dua mereka kebanyakannya berbincang mengenai menyokong perniagaan kecil, terutama di Midwest.

Ma berkata, perniagaan seperti pertanian dan pembuat pakaian kecil boleh menembusi pasaran negara China secara langsung melalui Alibaba.

Beliau menyifatkan pertemuan dengan Trump “sangat produktif”.

“Kami berbincang terutama mengenai perniagaan kecil dan anak-anak muda serta produk pertanian Amerika ke China. Kami juga merasakan bahawa hubungan China dan AS perlu diperkukuhkan, seharusnya lebih mesra,” katanya.

20170110-jack-ma-trump

3 Replies to “JACK MA, ALIBABA BENTANG PELAN E-DAGANG UNTUK AS KEPADA TRUMP

Leave a Reply