Jangan baldikan kesihatan Selangor

Sebelum ini saya telah ulas tentang manifesto pembangkang berhubung Skim Peduli Sihat (baca: Scam). Bila saya sebut scam, ramai antara depa yang marah. Tapi itulah hakikatnya. Ada agenda bisnes. 🤣

Kini izinkan pula saya mengulas tentang pengumuman KONONNYA sebagai tanda keprihatinan terhadap kesihatan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor dalam Belajawan 2018 Negeri Selangor telah mengumumkan satu peruntukan sekali beri (one-off) sebanyak RM180.00 kepada semua pemegang Kad Peduli Sihat untuk mendapatkan suntikan vaksin Pneumokokal.

Jika dilihat secara rambang nampak ia adalah tindakan yang mulia dan menbantu rakyat.
Namun benarkah begitu?

Sahabat2 semua, vaksin ini adalah vaksin yang bagus. Vaksin pneumococcal ini mencegah jangkitan bakteria Streptococcus pneumonie yang boleh menyebabkan jangkitan paru2 dan beberapa komplikasi jangkitan yang lain.

Terdapat lebih 90 strain bakteria ini tetapi strain yang berbahaya kepada manusia adalah dalam 20 strain.

Vaksin yang terdapat di dalam pasaran klinik dan hospital swasta kita pula terdapat 2 jenis yang popular.
Synflorix hanya cover beberapa strain saja. Manakala Prevnar 13 pula cover untuk 13 strain.

Dari segi harga, Synflorix semestinya lebih murah dengan harganya sekitar RM 180- RM 200 setiap suntikan. Manakala Prevnar 13 pula lebih mahal pada harga RM 250-RM 300 setiap suntikan!

Jadi dengan bajet RM 180 yang diberikan secara one off oleh Kerajaan Selangor ini, kita boleh agak, vaksin yang diberikan adalah vaksin Synflorix dan pastinya bukan Prevnar 13 (atau yang lebih baik jika ada di pasaran).

Sahabat2 harus ingat, ini belum dicampur dengan caj pendaftaran, consultation, caj consumables (barang pakai buang) dan sebagainya. Jadi kos ini sudah semestinya melebihi dari RM 180….mungkin campur2 semua menjangkau ke RM 230. Ada kemungkinan kena keluarkan duit dari poket sendiri lagi.

Dan……vaksin ini bukanlah single dose vaksin. Ia perlukan 4 dos suntikan untuk berkesan secara efektif.
Bermakna, anda akan pergi dapatkan suntikan ‘percuma’ ini dan seterusnya, doktor akan beritahu anda, anak anda perlukan 3 lagi dos suntikan yang mana ini TIDAK DITANGGUNG OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Nampak tak? Hihihi…
RM 230 ditanggung. Tetapi RM 230x 3 = RM 690 sendiri tanggung!
Takkan nak ambik suntikan yang tak efektif untuk anak2 kan? Nak taknak kenalah jugak complete kan dose suntikan.
Bisnes best kan? 💰💰💰💰

Bandingkan pula dengan apa yang DS Najib buat. Beliau telah meluluskan bajet bagi Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) bagi wanita2 berisiko yang berumur 21-27 tahun.
Vaksin ini terbukti dapat mencegah penyakit kanser pangkal rahim, kanser anus, kanser vagina dan kanser vulva yang berpunca dari virus ini.

Ia memerlukan tiga dos suntikan yang berharga RM 600 seluruhnya dan KESEMUANYA diberikan PERCUMA.
Ini barulah betul2 nak bantu rakyat. 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

Selangor patut ikhlas la nak bantu rakyat. Kasi bantuan kasi la betul2. Takat gula2 pilihanraya, nanti jadi la macam air PERCUMA. Percuma tadah air baldi je. 🤣🤣🤣🤣🤣

—————-
Sumber:
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
https://facebook.com/permalink.php?story_fbid=175296999783037&id=100019082137159

https://pakdin.my/scam-peduli-sihat/

Comments (No)