BEERSIH 2.0 – Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai - pakdin.my

 

Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini bertitah baginda tidak mahu melihat negara yang mempunyai masyarakat majmuk berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri atau sebahagian rakyatnya bermusuhan dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, titah Tuanku Mizan hendaklah diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”.

Dalam satu titah khas, Tuanku Mizan mengakui sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan perhimpunan minggu depan untuk menyerahkan memorandum kepada baginda dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu itu khususnya agensi dan jabatan yang terlibat.

Dalam titah itu juga Tuanku Mizan menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi, hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Pihak yang berkenaan juga jangan terikut-ikut dengan amalan negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan.

 

Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai

03/07/2011 8:40pm

 

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

 

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium