Jangan cuba hidupkan fahaman komunisme – KPN - pakdin.my

Kenangan 'Al-Marhum' Chin Peng
Kenangan ‘Al-Marhum’ Chin Peng

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba menghidupkan semula fahaman komunisme di negara ini.

Katanya polis tidak akan berkompromi dalam soal itu, malah mereka yang didapati mengeluarkan kenyataan berunsur sedemikian juga akan berdepan tindakan tegas.

Ini termasuk mereka yang didapati cuba membawa masuk barang-barang berkaitan Parti Komunis Malaya dengan tujuan menghidupkan semula gerakan berkenaan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Tertinggi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-8: Komunikasi Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini.

Hadir sama Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan seorang warga tempatan bergelar ‘Datuk Seri’ dan seorang warga Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang malam semalam kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng.

Hasil pemeriksaan polis ke atas bagasi mereka, sebanyak 13 buku berkaitan komunis serta 11 cendera hati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng, selain gambar mendiang Chin Peng ditemui.

“Malam tadi, kita rampas barangan itu dan kita akan fikirkan apa tindakan yang perlu diambil kepada mereka ini,” katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata cubaan untuk menghidupkan kembali fahaman komunisme mesti dibendung daripada awal.

“Saya takut, bimbang dan khuatir akan wujudnya ancaman militan pula di kemudian hari. Mungkin ancaman ini tidak timbul secara militan dahulu (peringkat awal), tetapi pada kemudian hari kelak jika perjuangan mereka itu tidak tercapai, mereka mungkin ambil kaedah militan,” katanya.

UTAMAPOLITIKJangan cuba hidupkan fahaman komunisme - KPN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium