‘Jangan fikir Mahathir lebih bersih dari Najib’ – Tun Musa Hitam - pakdin.my

musa hitam-najib-mahathir'

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh merasakan dirinya selamat dan lebih bersih daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kata Tun Musa Hitam yang turut menyifatkan Najib sebagai anak didik terbaik Dr Mahathir sendiri.

Mengakui kebijaksanaan Najib dalam menghadapi serangan bertubi-tubi daripada mantan Perdana Menteri itu, Musa berkata kesempatan untuk diasak dengan lebih teruk akan berlaku jika Najib tunduk pada kehendak Dr Mahathir.

Ia katanya kerana keadaan itu akan menunjukkan kelemahan Najib sebagai seorang Perdana Menteri, sekaligus tidak boleh dibiarkan berlaku.

“Tidak mengakui kesilapan adalah tanda keberanian, di situ kami berbeza.

“Mengakui kesilapan menunjukkan kamu lemah dan mereka akan mengeksploitasi kamu, itu beliau (Dr Mahathir), kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu kepada sebuah portal online.

Melihat kepada sejarah kepimpinan Dr Mahathir pada 1981, beliau tidak pernah sesekali mengakui kesilapan, malah mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak dengan menggunakan kuasa virtunya sebagai Perdana Menteri.

“Beliau rasa sendiri akibat daripada tindakannya sebelum ini dengan cara Najib buat sekarang ni. Tidak, saya tidak buat silap.

“Tapi saya akui satu perkara, walaupun setengah orang tidak menyukainya, sangat menakjubkan bagaimana Najib menghadapinya dengan tenang, ia sangat menakjubkan,” tambahnya.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan kepimpinan beliau tidak sama dengan Najib dengan mendakwa bahawa beliau lebih mementingkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dengan membuat jalan, sekolah dan klinik.

Dr Mahathir sebaliknya menyamakan kepimpinan beliau dengan Tun Abdul Razak Hussein dan bukan anaknya.

Menurut Musa, perkara paling mudah untuk dilakukan Najib kini adalah dengan memandang ke hadapan demi memperbaiki diri dan parti.

“Saya katakan kepada Presiden, jika ada yang salah, cakap ‘saya minta maaf, ia satu kesilapan,’ mudah sahaja.

“Lebih-lebih lagi dalam konteks tradisi Melayu dan ajaran agama, kita ni manusia biasa tentunya ada salah, besar atau kecil, berani.

“Kamu mesti ada keberanian,” ujarnya.

UTAMAPOLITIK‘Jangan fikir Mahathir lebih bersih dari Najib’ - Tun Musa Hitam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium