Jangan Hina Pemimpin Negara – Najib

Dati Seri Mohd Najib pada Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Dati Seri Mohd Najib pada Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia supaya percaya kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang akan terus berada di landasan progresif dan sederhana.

“Saya bagaimanapun maklum terdapat beberapa kenyataan yang dibuat oleh beberapa individu dalam Umno dan BN, tetapi percayalah kepada kita, percayalah kepada dasar dan kepimpinan BN.

“Saya menegaskan bahawa kita akan terus menjadi parti Barisan Nasional yang sederhana dan progresif,” kata Najib pada Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia, di sini, Ahad.

Perdana Menteri berkata BN ‘percaya kepada konsep mencari kata sepakat dalam membuat keputusan’.

“Sebagai pengerusi, ini adalah legasi yang ditinggalkan oleh pemimpin kita yang terdahulu, oleh bapa saya, Allahyarham Tun Abdul Razak, dan saya komited terhadapnya,” kata beliau.

Najib berkata Umno akan mengambil tindakan ke atas anggota yang membuat kenyataan perkauman atau yang menyakitkan hati.

“Saya rasa kita harus melakukannya, sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang atau disiplin parti. Tetapi pada masa yang sama, kita harap ‘pihak satu lagi’ untuk tidak biadap.

“Ya, saya maklum mungkin ada kenyataan tertentu dibuat sesetengah individu dalam BN, malah dalam Umno sekalipun mungkin ada kenyataan dari individu tertentu.

“Kalau kenyataan individu, kita akan lakukan sesuatu. Kita akan bertindak sama ada daripada segi penguatkuasaan undang-undang atau atau disiplin parti.

“Tapi kita harap pihak satu lagi jangan terlalu biadap, kerana akan ada reaksi terhadap sebarang aksi.

“Jadi perkara terbaik adalah dengan tidak menghina pemimpin negara. Jangan lempar penghinaan, jangan malukan pemimpin negara ini,” katanya sambil menambah Malaysia perlu menjadi negara demokrasi matang.

Najib berkata beliau telah dikritik oleh rakyat kerana memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Orang kata Malaysia adalah sebuah negara polis sekarang tetapi periksalah berapa ramai orang telah ditahan sekarang dan berapa ramai orang yang telah ditangkap oleh kepimpinan terdahulu di bawah ISA.

“Ini bukan negara polis, ini adalah apa yang kita panggil kedaulatan undang-undang, dan di tengah-tengah semua ini, adalah penting untuk kita kekal bersama sebagai sebuah negara,” katanya.

17
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Rurounin Hisham
Guest
Rurounin Hisham

Orang yang BUTA HADIS saja akan mencela pemerintah.

Rurounin Hisham
Guest
Rurounin Hisham

Orang yang BUTA HADIS saja akan mencela pemerintah.

Aziz A Rahman
Guest
Aziz A Rahman

lagikan haiwan kita di tegah menghina dan caci maki, mereka itu semua makhluk Allah.

Saufian Ahmad
Guest

Saufian Ahmad liked this on Facebook.

Kamaluddin Idrus
Guest
Kamaluddin Idrus

Bagi orang Islam yang ada basic agama Islam tak anggap lawak

Kamaluddin Idrus
Guest
Kamaluddin Idrus

Bagi yang suka menghina, caci maki dan menfitnah memang lawak lah.

Pemuda UMNO Gugusan Kalumpang
Guest

Pemuda UMNO Gugusan Kalumpang liked this on Facebook.

Imran Musa
Guest

Imran Musa liked this on Facebook.

Wan Zain Cyclone
Guest

Wan Zain Cyclone liked this on Facebook.

Azmi Haron
Guest

Azmi Haron liked this on Facebook.