Jangan Jadikan Isu Agama Sebagai Umpan Dan Senjata Politik – Raja Nazrin - pakdin.my

Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan titah ucapan perasmian majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak 1435 H
Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan titah ucapan perasmian majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak 1435 H

Isu agama hendaklah dipisahkan daripada dijadikan umpan dan senjata politik kerana ia boleh memakan diri sendiri serta boleh mencetuskan persengketan.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah tindakan itu boleh mengakibatkan berlakuknya porak-peranda yang perlu dibayar dengan kos tinggi dan memakan masa lama sebelum dapat diselesaikan.

Justeru, baginda bertitah pemimpin politik terutama di peringkat tertinggi perlu mempamerkan contoh yang baik kepada masyarakat dengan tidak mensensasikanisu itu.

Baginda bertitah isu agama perlu ditangani dengan semangat dan roh agama oleh ulama dan golongan yang arif dalam ilmu agama masing-masing bagi mencari penyelesaian.

“Ini demi memastikan keamanan negara serta hubungan keharmonian antara pengikut kekal terjamin dan terpelihara,” titah Raja Nazrin ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Aman Jaya, di sini, Selasa.

Baginda bertitah perbuatan merendahkan agama Islam serta agama lain adalah lebih bersifat perosak kepada hubungan harmoni antara agama dan menjadi pencetus kepada persengketaan.

Perbuatan ini tidak mencerminkan watak yang diasaskan kepada roh agama, titah baginda.

Raja Nazrin bertitah sejak kebelakangan ini tercetus senario yang berpotensi menggugat tunggak asas kekuatan dan kestabilan negara, susulan polemik yang sedang berlaku antara penganut Islam dan Kristian.

“Jika senario ini gagal diredakan ia amat membahayakan.

“Tindak tanduk keterlaluan daripada mana-mana pihak adalah perbuatan yang bercanggah dengan prinsip Wasatiyyah yang sedang dianjurkan oleh pimpinan negara,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah mana-mana pihak tidak boleh mensensasikan sentimenagama kerana psikologi dan minda mana-mana penganut ketika mempertahankanpendirian agama masing-masing wajib difahami.

Memandangkan tidak ada pihak yang mahu mengalah dalam isu agama, baginda bertitah formula penyelesaian yang bijaksana dan lagi berhemah adalah perlu untuk menyakinkan pihak-pihak yang bertelagah.

Titah baginda komponen adab untuk tidak menghina dan merendahkan agama lainhingga ke peringkat mencetuskan kemarahan, terkandung dalam ajaran semua agama.

“Dalam mempertahankan kesucian agama, umat Islam wajib bersatu dalam semangat ukhuwah Islamiah. Agama Islam terlalu kudus, terlalu suci, ia tidak boleh diheret hingga ke peringkat dikompromikan kerana kepentingan politik,” titah baginda.

Titah baginda jangan kerana kelainan kabilah politik, umat Islam memilih untuk mengambil pendirian berbeza dan tidak mahu bersama mempertahankan kesucianIslam.

“Pendirian sedemikian, akan memberikan mesej yang salah, melemahkan kekuatan ummah, lebih membawa rugi daripada keuntungan. Barang dijauhkan umat Islam di negara ini, berakhir seperti ‘Pak Kadok, Menang Sorak KampungTergadai,” titah baginda.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAJangan Jadikan Isu Agama Sebagai Umpan Dan Senjata Politik - Raja Nazrin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium