Jemaah Haji Malaysia Negara Pertama Terima Pra Pelepasan Tanpa Pemeriksaan Passport Dan Kastam Di Lapangan Terbang Jeddah - pakdin.my

Malaysia terpilih sebagai negara pertama yang mendapat pra perlepasan pemeriksaan passport di Jeddah bagi program haji pada musim ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mereka akan diberikan ‘clearance’ di sini sebelum berlepas,  dan apabila sampai di Jeddah mereka akan dapat terus keluar dari lapangan terbang tanpa pemeriksaan kastam dan passport.

“Ia merupakan satu pengiktirafan yang sangat bermakna buat Malaysia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis.

Tambah Najib, ia akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam tujuh penerbangan terakhir musim haji yang bermula hari ini sehingga 27 Ogos depan

Pada masa sama, beliau turut berharap agar kerjasama dengan kerajaan Arab Saudi itu diteruskan pada musim haji akan datang serta semasa rakyat Malaysia menunaikan umrah.

Sementara itu, sebanyak 112 penerbangan membawa 30,200 bakal haji bertolak secara berperingkat sejak 24 Julai lalu hingga hujung bulan ini.

UTAMABERITAJemaah Haji Malaysia Negara Pertama Terima Pra Pelepasan Tanpa Pemeriksaan Passport Dan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium