Jemaah maut dalam serangan di masjid pada hari kedua Ramadan di Pattani - pakdin.my

serangan-masjid-pattani-ramadhan

BANGKOK: Pihak militan melepaskan tembakan di sebuah masjid di kawasan bergolak di wilayah Pattani dan mengorbankan seorang lelaki pada hari kedua Ramadan hari ini.

Serangan selepas waktu Subuh itu oleh pihak yang disyaki militan di selatan Thailand itu dikatakan menyasarkan seorang penolong ketua kampung tetapi sebaliknya mengakibatkan kecederaan teruk ke atas seorang jemaah lelaki berusia 66 tahun selepas waktu Subuh, kata Leftenan Kolonel Somchai Janyoung.

“Mangsa meninggal dunia di hospital selepas terkena dua kesan tembakan di masjid berkenaan. Dia adalah bapa kepada imam di masjid itu.

“Penolong ketua kampung yang disasarkan itu bagaimanapun terlepas dan hanya cedera di kaki,” kata Somchai.

Polis tidak dapat menyatakan secara khusus berapa anggota militan terbabit dalam kejadian itu.

UTAMADUNIAJemaah maut dalam serangan di masjid pada hari kedua Ramadan di Pattani

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium