JENAZAH ADENAN SATEM BERSEMADI DI TANAH PERKUBURAN ISLAM SAMARIANG

KUCHING: Jenazah Allahyarham Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini, hari ini.

Jenazah allahyarham disemadikan pada kira-kira jam 2.10 petang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek, kira-kira jam 1.15 petang.

Selain anggota keluarga, turut hadir di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan tertinggi dan terakhir ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta menteri-menteri kabinet persekutuan dan negeri termasuk ribuan rakyat Sarawak daripada pelbagai latar belakang, kaum dan agama.

Allahyarham, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan semalam.

20170112-adenan-satem-semadi-semariang

Leave a Reply