Jenazah Nur Amyliana Selamat Dikebumikan – Polis Sahkan Meninggal Dunia Akibat Lemas - pakdin.my

 

Nur Amyliana Shuhada
Nur Amyliana Shuhada

Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang ditemui mati di Bukit Tinggi, Klang malam kelmarin telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Delik, Klang, malam tadi.

Menurut keluarga Allahyarham Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, ia dilaksanakan selepas proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Mayat mangsa ditemui di kawasan tempat letak kereta Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi, Klang yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Berikutan itu, dua lelaki telah direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu pihak polis mengesahkan hasil bedah siasat mendapati Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor disahkan meninggal akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusof yang dihubungi berkata, hasil bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang itu turut mendapati terdapat kesan koyak dan pendarahan pada kemaluan mangsa.

UTAMABERITAJenazah Nur Amyliana Selamat Dikebumikan - Polis Sahkan Meninggal Dunia Akibat Lemas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium